Satu sesi “Brainstorming” bagi task force untuk galeri dan aktiviti agrokulinari sempena MAHA 2018 telah diadakan pada 27-28 September 2018 bertempat di MAEPS Serdang. Sesi ini telah diselaraskan oleh Bahagian Industri Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA). Bengkel ini turut dihadiri oleh Setiausaha Bahagian (SUB) Industri Asas Tani, Puan Roziah binti Abudin. Bengkel ini telah dihadiri wakil daripada Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara (JWN) iaitu Puan Junaidah binti Salleh, Ketua Penolong Pengarah (KPP) dan Encik Mohd Ieezwan bin Mohd Sadik, Penolong Pengarah Cawangan Adat dan Budaya. Kluster agrokulinari merupakan salah satu daripada kluster yang…
Friday, 05 March 2021 15:29

Singgah Santai @ PNM 2018

Bahagian Warisan Tidak Ketara (BWTK), Jabatan Warisan Negara (JWN) sentiasa komited dalam meneruskan usaha untuk memupuk dan melestarikan warisan negara termasuklah permainan tradisonal melalui pelbagai platform. JWN telah memenuhi jemputan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk menyertai program berkala anjuran PNM iaitu Singgah Santai@PNM 2018 yang telah diadakan pada 3 November 2018 yang lalu. JWN telah membawakan pelbagai permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, tutup botol, tating lawi, sepak raga, dam aji dan kerchang untuk dicuba oleh para pengunjung. Program yang diadakan di perkarangan PNM ini mendapat sambutan baik para pengunjung pelbagai peringkat usia yang teruja untuk mencuba sendiri permainan-permainan ini…
Pada 4-5 November 2018 yang lalu, telah berlangsung satu Bengkel Pemurnian Garis Panduan dan Tatacara Perlindungan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara ‘Lagu Negaraku’ dan ‘Bendera Malaysia’. Bengkel ini telah diadakan di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor dan merupakan kesinambungan daripada bengkel yang telah diadakan sebelum ini iaitu pada 31 Oktober-1 November 2017. Pada sesi kali ini, hasil perbincangan terdahulu telah diperhalusi dan dibentangkan supaya satu draf garis panduan dan tatacara perlindungan untuk ‘Lagu Negaraku’ dan ‘Bendera Malaysia’ diperolehi dan disepakati oleh Agensi dan Jabatan yang terlibat. Garis panduan ini seterusnya akan disebar luaskan supaya ia menjadi rujukan kepada setiap…
Pada 7-9 Disember 2018 yang lalu, Jabatan Warisan Negara (JWN) telah dijemput untuk menyertai Karnival dan Kongres Warisan serta Industri Kecil 2018 (KWIK) anjuran Persatuan Pedagang & Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) dengan kerjasama Kursi Institusi Raja-raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Program 3 hari ini berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay dan telah dirasmikan oleh YB. Datuk Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Karnival ini bertujuan untuk menanamkan semangat, apresiasi dan penghayatan terhadap warisan Malaysia dikalangan rakyat pelbagai usia dan kaum merangkumi seni suara, seni budaya, seni pakaian, seni kraftangan, seni mempertahankan diri, seni penulisan, seni…
Monday, 14 September 2020 14:24

KURSUS PENILAIAN OBJEK WARISAN TIDAK KETARA

KURSUS PENILAIAN OBJEK WARISAN TIDAK KETARA Jabatan Warisan Negara (JWN) sentiasa menganjurkan kursus-kursus dalaman dalam usaha untuk menambahbaik tingkat kemahiran dan kepakaran kakitangan Jabatan dalam penilaian satu-satu objek warisan tidak ketara secara umumnya. Pada 25-26 Oktober 2019 yang lalu, satu kursus penilaian objek warisan tidak ketara telah dilaksanakan di Shah Alam yang melibatkan 35 orang peserta terlibat kakitangan Jabatan daripada pelbagai bahagian dan zon. Kursus ini diadakan bagi memberi kefahaman kepada kakitangan berkaitan kaedah penilaian objek warisan tidak ketara. Penilaian yang tepat perlu dilaksanakan dengan betul bagi menentukan tahap sesuatu objek sama ada dikategorikan sebagai Warisan atau Warisan Kebangsaan. Kriteria…
BENGKEL GARIS PANDUAN DAN TATACARA PERLINDUNGAN WARISAN KEBUDAYAAN TIDAK KETARA: MAKANAN WARISAN KEBANGSAAN Bengkel Garis Panduan dan Tatacara Perlindungan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara: Makanan Warisan Kebangsaan anjuran Bahagian Warisan Tidak Ketara (BWTK), Jabatan Warisan Negara (JWN) telah diadakan pada 27-29 Ogos 2019 yang lalu di Shah Alam, Selangor. Bengkel ini juga merupakan ”pilot study” bagi BWTK untuk dijadikan kayu ukur bagi menetapkan satu kaedah yang seragam berkenaan tatacara perlindungan warisan kebudayaan tidak ketara khususnya merujuk kepada makanan Warisan Kebangsaan. Di samping itu, bengkel ini juga bertujuan untuk mewujudkan ruang percambahan dan perkongsian ilmu antara agensi kerajaan yang terlibat termasuk ahli…
MELENTUR BULUH DARIPADA REBUNGNYA: MEMPERKENALKAN PERMAINAN TRADISIONAL KEPADA GENERASI MUDA Pepatah Melayu ada mengatakan ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ yang membawa maksud jika hendak mengajar sesuatu, pengajaran itu harus bermula seawal usia muda supaya ia menjadi sebati dan lazim sehingga dewasa kelak. Justeru, pada 19 April 2019 yang lalu, Bahagian Warisan Tidak Ketara (BWTK) telah memenuhi jemputan pihak Tabika Perpaduan Apartment Anggerik, Puchong, Selangor Darul Ehsan bagi memperkenalkan permainan tradisional kepada kanak-kanak tabika berkenaan. Program ini telah disertai lebih kurang 20 orang murid berusia diantara 5-6 tahun dibawah pemantauan dua orang guru. Pengisian progam dilaksanakan secara demonstrasi dan hands-on bagi…

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur
No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900

Emel : info@heritage.gov.my