×

Warning

JFolder: :files: Path is not a folder. Path: [ROOT]/images/gallery/media/jw_sigpro/users/0000000170/PULAU BIDONG
×

Notice

There was a problem rendering your image gallery. Please make sure that the folder you are using in the Simple Image Gallery plugin tags exists and contains valid image files. The plugin could not locate the folder:
Wednesday, 08 March 2017 00:00

KAJIAN SURVEY DAN PENYELIDIKAN WARISAN KEBUDAYAAN BAWAH AIR, PULAU BIDONG, TERENGGANU DARUL IMAN

Written by

Survei dan penyelidikan yang dijalankan oleh JWN adalah rentetan dari  jumpaan artifak kapal karam yang telah dilaporkan oleh akhbar Berita Minggu hari Ahad bertarikh 20 Mei 2012. Berita bertajuk “Harta Karun Pulau Bidong” ini telah ditulis dan disunting oleh wartawan Jamhariah Jaafar,  presiden Coral Malaysia.

 

Pulau Bidong merupakan sebuah pulau kecil di negeri Terengganu Darul Iman, Malaysia yang terletak 45 kilometer dari pesisir bandar Kuala Terengganu dan Merang. Perairan Pulau Bidong merangkumi Pulau Yu Besar, Pulau Yu Kecil, Pulau Gelok, Pulau Karah dan Pulau Batu Tengkorak. Pulau Bidong terletak 5 batu nautika arah Selatan Pulau Redang dengan mengambil masa 30 minit perjalanan menggunakan bot laju dari jeti Merang.

           

Pada 8 Ogos 1978, Pulau Bidong telah dijadikan tapak peralihan pelarian perang oleh kerajaan Malaysia dan Komisioner Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).

 

Survei dan penyelidikan yang dijalankan adalah bagi mengenalpasti kedudukan kapal karam di kawasan tapak penemuan seramik, mendokumentasi tapak dan artifak menggunakan kaedah 3D fotogrametri, menentukan kedudukan dan orientasi tapak, memasang tali rujukan mata angin di atas tapak (Baseline) dan memasang tali petak ekskavasi di bawah air

 

Dari pemerhatian melalui aktiviti selaman yang dijalankan, lokasi penemuan tapak tersebut terletak 1.13 batu nautika dan 247.75° dari Stesen Penyelidikan UMT, Pulau Bidong pada kedalaman maksimum 18 meter   Keluasan tapak penemuan seramik ini adalah pada 20 meter persegi dengan hampir keseluruhan permukaan dasar dilitupi dengan timbunan seramik pelbagai saiz. Kelihatan susunatur seramik-seramik tersebut seperti berlapis-lapis dan menyukarkan kerja-kerja penelitian dijalankan. Hampir kesemua seramik yang temui telah dilitupi dengan batu karang sehinggakan dilihat seperti sebuah taman batu karang yang dihuni oleh pelbagai spesis hidupan marin.

 

Survei dan penyelidikan ini bertujuan antaranya:

  1. Mewartakan kawasan-kawasan yang berpotensi sebagai Zon Yang Dilindungi di bawah AKTA 645
  2. Menjalankan kerja-kerja survei arkeologi bawah air secara menyeluruh
  • Menjalankan kerja-kerja salvej berpandukan manual dan prosedur yang termaktub di bawah pemantauan Jabatan Warisan Negara.
  1. Artifak-artifak yang disalvej ditempatkan di Stesen Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu, Pulau Bidong untuk kerja-kerja penganalisaan.
  2. Menjalankan kerja-kerja ekskavasi arkeologi bawah air dengan teratur dan lebih bersistematik.

{gallery}/media/jw_sigpro/users/0000000170/PULAU BIDONG{/gallery}

Read 4407 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur
No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900

Emel : info@heritage.gov.my

 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable