Friday, 10 March 2017 00:00

PENYELIDIKAN DAN EKSKAVASI ARKEOLOGI PENYELAMATAN LOT 1736, MERBOK, KEDAH DARUL AMAN

Written by

Penyelidikan dan eskavasi yang telah dijalankan adalah proses awalan di dalam memberikan Kebenaran Merancang oleh JWN kepada setiap projek pembangunan yang hendak dijalankan di kawasan yang berpotensi atau mempunyai nilai-nilai warisan. Lokasi tapak ini terletak di dalam kawasan cadangan pembangunan perumahan yang diusahakan oleh pemaju tempatan dan diluluskan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani.

 

Justifikasi kepada Penyelidikan dan Eskavasi penyelamatan yang dijalankan adalah kerana tapak arkeologi di Lembah Bujang telah mula direkodkan pengkaji barat sejak 1940 oleh Quaritch Wales. Menurut rekod awal, tapak ini yang dipercayai sebagai Tapak 13 telah ditemui pada tahun 1936-1937. Namun Jane Allen dalam kajian lanjut telah menjalankan ekskavasi pada tahun 1988 dan telah menemukan bukti sturktur binaan berupa candi dan sebagainya.

Penyelidikan ini dijalankan bagi tujuan mengenalpasti setakat mana kewujudan struktur binaan yang temui di kawasan cadangan pembangunan yang akan memusnahkan bukti tinggalan yang berkemungkinan mempunyai signifikan tertentu. Ini kerana, berdasarkan kajian perbandingan dengan rekod terdahulu didapati bahawa tapak berkenaan mempunyai hubungan rapat dengan sebahagian tapak 13.

Pendekatan ekskavasi penyelamatan diguna pakai bagi memastikan kerja-kerja penyelidikan agar tidak mengambil tempoh masa yang terlalu panjang kerana kawasan tersebut telah diluluskan untuk projek pembangunan. Pelaksanaan kerja-kerja penyelidikan dibuat secara berjadual dan berperingkat.

Kerja-kerja ekskavasi dijalankan bermula 1-29 Februari 2016 mengikut jadual giliran berdasarkan kumpulan. Manakala kerja-kerja pemindahan batu telah dilaksanakan pada 21-23 Mac 2016.

Read 3572 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur
No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900

Emel : info@heritage.gov.my

 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable