LAWATAN YANG YAB MENTERI BESAR KEDAH KE TAPAK ARKEOLOGI SUNGAI BATU, KUALA MUDA KEDAH
Written by Arkeologi AdminPada 7 jun 2018, Jabatan Warisan Negara bersama-sama Universiti Sains Malaysia telah menerima lawatan daripada YAB Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir ke Tapak Arkeologi Sungai Batu, Kuala Muda Kedah
Kedatangan YAB Menteri Besar bertujuan untuk melihat sendiri dan mengetahui sejarah Tapak Arkeologi Sungai Batu, Kuala Muda Kedah yang merupakan salah satu penemuan penting dan bukti sejarah terawal yang berada di negeri Kedah.
Sepanjang tempoh lawatan YAB Menteri Besar telah diberi penerangan oleh Ybhg. Prof. Dato’ Dr. Mokhtar Saidin dari Universiti Sains Malaysia tentang penemuan dan bukti sejarah yang telah dibuat kajian terperinci di tapak tersebut.
Leave a comment
Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.