- Details
- Hits: 414
YBhg. Datuk/Datin/Puan,
Saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
- Sukacita dimaklumkan PUSPANITA Kebangsaan akan mengadakan Tazkirah Dhuha Siri 3 bertajuk "Korbanku UntukMu" melalui Facebook Live (FB Live) PUSPANITA Kebangsaan seperti butiran berikut:
Tarikh : 6 Julai 2022 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi – 11.30 pagi
Tajuk : Korbanku UntukMu
Konsep: Secara dalam talian menerusi Facebook Live PUSPANITA Kebangsaan
Penceramah : YBrs. Ustaz Muhammad Naim bin Sadoon
Da'i Muda YADIM
- Penganjuran tazkirah pada kali ini adalah bersempena dengan Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut pada 10 Zulhijah 1443H. Slip kehadiran akan diberikan melalui Sistem e-Sijil PUSPANITA sewaktu program berlangsung. Sehubungan itu, kerjasama setiap Cawangan/ Biro adalah dimohon agar dapat menghebahkan maklumat program ini kepada para ahli PUSPANITA untuk menyertai program ini seperti butiran yang dinyatakan. Bersama-sama ini juga disertakan poster hebahan untuk perhatian bersama.
Sekian, terima kasih.
“WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT”
Saya yang menjalankan amanah,
RUBIAH TUL’ADWIYAH HAJI MD YUSOF
Setiausaha PUSPANITA MOTAC
MALAYSIA TOURISM PROMOTION BOARD
(MINISTRY OF TOURISM, ART AND CULTURE MALAYSIA )
5th Floor, Tower 1,
No. 2, Jalan P5/6, Precint 5,
62200 PUTRAJAYA, MALAYSIA
Tel : +603-8891 8000
D/L : +603-8891 8537
URL : www.malaysia.travel
- Details
- Hits: 304
Galeri Warisan Kota Melaka (GWKM) akan ditutup sementara bermula jam 2.00 petang,
- Details
- Hits: 266
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
YBrs. TKP/ Dr / Tuan / Puan,
PENDAFTARAN DAN KUTIPAN YURAN KELAS FARDU AIN - PENGAJIAN KITAB HIDAYATUS SALIKIN
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
- Biro Agama, Kelab LEGASI mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang telah mendaftar kelas fardu ain - Pengajian Kitab Hidayatus Salikin oleh Ustaz Ahmad Naim bin Shaidon.
- Untuk makluman, pendaftaran Kelas Fardu Ain inimasih dibuka sehingga 31 Julai 2022. Kepada sesiapa yang berminat boleh mendaftar dengan menekan link dibawah:
https://chat.whatsapp.com/LevQnTLTW0LAPTj0QhvkQV
- Keterangan bagi Kelas Fardu Ain - Pengajian Kitab Hidayatus Salikin adalah seperti di bawah :
BIL |
PERKARA |
CATATAN |
4.1 |
Jadual Kelas |
Setiap Jumaat minggu ke-3 & ke-4 |
4.2 |
Masa |
8.30 pagi – 9.00 pagi (Bab Aqidah) |
9.00 pagi – 9.30 pagi (Bab Feqah) |
||
4.3 |
Platform |
Secara dalam talian |
4.4 |
Bayaran |
RM 55 (Buku & yuran bulanan sehingga Disember) atau RM 35 (Buku & yuran Julai) |
4.5 |
Cara Bayaran |
Tunai atau bank in |
- Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Encik Muhamamd Uwais bin Abdul Rashid di talian 019 – 454 0768 dan Puan Juliana binti Suliman di talian 019 – 393 7080.
Sekian, terima kasih.
“Manfaat Anda, Keikhlasan Kami”
Salam Ukhwah,
Biro Publisiti & Promosi,
b.p.: Pengerusi Kelab LEGASI, JWN