WEBINAR SIRI 3:

“KENALI, SAYANGI DAN LESTARIKAN WARISAN KITA”

Dasar Kebudayaan Negara 2021 (Daken) dirangka bagi memacu usaha ke arah merealisasikan visi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dengan kekayaan budaya oleh rakyatnya serta melestarikan agenda pemeliharaan dan pemuliharaan seni dan warisan negara. Malaysia amat kaya dari segi adat dan budaya, bahasa dan kesusasteraan, seni persembahan, tapak-tapak warisan dan laman budaya serta masyarakat pelbagai etnik telah mewarisi pelbagai kearifan tempatan, kemudian diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Usaha pemeliharaan, pemuliharaan dan kelestarian seni, budaya dan warisan ini sudah pasti memerlukan kerjasama dan penglibatan semua pihak. Masyarakat Malaysia khususnya perlu diterapkan nilai “kenali, sayangi dan lestarikan warisan kita” agar ia kekal terpelihara untuk tatapan generasi akan datang.



WEBINAR SIRI 2:

“NOSTALGIA 64 TAHUN KEMERDEKAAN”

Kemerdekaan yang dicapai oleh negara bukanlah sesuatu yang mudah. Ia hasil dari kerjasama dan permuafakatan semua rakyat Malaysia berbilang kaum ketika itu.  Gabungan UMNO (Melayu), MCA (Cina) dan MIC (India) membentuk Parti perikatan merupakan titik permulaan dan kuasa perundingan Tanah Melayu bagi menuntut kemerdekaan daripada British. Webinar ini akan membicarakan tentang perjuangan dan sumbangan pelbagai etnik ini dalam menuntut kemerdekaan terutamanya tokoh politik terkenal seperti YTM Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn bin Jaafar, Tun Abdul Razak, Tun Sardon Jubir, Tan Sri Senu Abdul Rahman, Tun Sir Tan Cheng Lock, Tan Sri Tan Tong Hye (T.H. Tan), Tun Leong Yew Koh, Tun Tan Siew Sin, Tun Omar Ong Yoke Lin dan Dato’ Sri Lau Pak Khuan, Tun V. T. Sambanthan, K. Ramanthan, Tan Sri Athi Nahappan, Dato’ Sri E.E. Clough Thuraisingam, Kundan Lal Devasar dan Tan Sri Dr. Devaki Krishnan. Selepas merdeka hingga kini, pelbagai cabaran dihadapi oleh Malaysia terutamanya dalam berdepan dengan pembangunan negara dan kestabilan negara. Walau bagaimanapun, dalam tempoh 64 tahun ini juga, Malaysia telah memperoleh banyak pencapaian dalam pelbagai bidang hasil kerjasama pelbagai etnik sehingga meletakkan Malaysia setaraf dengan negara membangun yang lain. Sudah pasti banyak nostalgia yang telah dikecapi negara sepanjang tempoh 64 tahun kemerdekaan ini.  



BORAK WARISAN

“SENI BINA MALAYSIA: SEBELUM DAN SELEPAS PASCA MERDEKA”

Seni bina di Malaysia telah mengalami jalur evolusi yang panjang, dinamik dan amat menarik. Tapak ritual di Sungai Batu, Rumah Penghulu Abdul Ghani di Merlimau, deretan rumah kedai tradisional Cina di Melaka dan Pulau Pinang, Bangunan Sultan Abdul Samad sehingga KLCC di tengah Bandaraya Kuala Lumpur merupakan antara simbolik yang memaparkan sisi istimewa seni bina di Malaysia. Adunan seni bina Melayu, Eropah, China, India dan Islam telah menyumbang kepada pembentukan satu identiti seni bina yang tersendiri sehingga menyebar luas ke Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat pada masa itu. Justeru, program bual bicara ini akan membawa penonton melihat perubahan seni bina di Malaysia dari era sebelum merdeka sehingga negara mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957.




WEBINAR SIRI 1:

“JALUR GEMILANG: OBJEK WARISAN DI PERSADA DUNIA”

Jalur Gemilang merupakan objek warisan yang telah diisytihar sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2009 di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]. Ia merupakan “keramat” yang membakar semangat rakyat Malaysia dalam mengharumkan nama negara tercinta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.  Dengan semangat waja dan berpegang kepada prinsip “Malaysia Boleh”,  Jalur Gemilang berjaya dikibarkan di persada dunia.





WEBINAR WARISAN

LANDSKAP WARISAN: KELANGSUNGAN & CABARAN

2 September 2021 (Khamis) | 8.30 pagi – 4.30 petang

 

Saksikan Webinar Warisan yang akan dibarisi oleh panelis berikut yang akan membincangkan tajuk-tajuk yang menarik mengenai landskap warisan melalui https://www.facebook.com/Jabatanwarisannegara/

 

Moderator

 

Datin Ar. Junn Ng

Ahli Jawatankuasa Pakar Warisan Seni Bina dan Landskap

 

 

Panelis

 

Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim bin Komoo

Pengerusi Jawatankuasa Pakar Warisan Geologi

 

Tajuk: Landskap Geologi: Sumber Warisan Negara Yang Perlu Dipulihara

 

Prof. Madya Lar. Dr. Nor Athiah Ismail

Ahli Jawatankuasa Pakar Warisan Seni Bina dan Landskap

 

Tajuk: Landskap Budaya dan Warisan: “Andai Dipisah Lagu dan Irama, Lemah Tiada Berjiwa”

 

Encik Mohamad Muda bin Bahadin

Timbalan Ketua Pengarah / Timbalan Pesuruhjaya Warisan

Jabatan Warisan Negara

 

Tajuk: Landskap Warisan Berdasarkan Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]

 

Encik Mansor bin Mohamad

Pengarah

Bahagian Penyelidikan dan Pemuliharaan

Jabatan Landskap Negara

 

Tajuk: Garis Panduan Landskap Negara Dari Aspek Tapak Warisan

 

  • •••••••••

 

Landskap Warisan bukan sahaja memberikan impak positif dari segi visual tetapi juga memaparkan sisi keindahan dan kehijauan serta tanpa kita sedar ianya memberikan keunikan kepada suatu tapak warisan. Webinar ini merupakan medium bagi memberikan dan menyebar luas pengetahuan kepada massa mengenai landskap warisan negara berdasarkan peruntukan Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]. Selain itu, memberi pendedahan mengenai jenis-jenis landskap warisan yang terdapat di Malaysia serta kepentingan dalam memulihara, memelihara dan memastikan pelestariannya.

 

 

#JWN #webinarwarisan #AktaWarisanKebangsaan2005 #Akta645 #warisan #warisankebangsaan #TapakWarisan #TapakWarisanSemulaJadi #landskapwarisan #landskapwarisannegara

#PatahTakTumbuhHilangTakBerganti #MenangBersama #LindungiSemua

 

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur
No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900

Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PAUTAN LUAR

Portal myGov
Malaysian Tourism Tax
SPRM
Perakaunan Akruan
Malaysia Super Corridor
MAMPU
 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable