Warisan Kebangsaan 2015
Sajian tradisional ini terkenal di negeri Perak, khasnya di kawasan Perak Tengah dan Kuala Kangsar. Kebiasaannya, bubur ini dihidangkan semasa ‘Majlis Berendoi’ (apabila bayi diletakkan dalam buai buat kali pertama). Hidangan ini sukar diperoleh di tempat lain.
Bahan pejal atau ketulan bubur dihasilkan daripada tepung beras, tepung ubi, kapur sirih dan pati pandan. Manakala kuah bubur mengandungi santan, gula dan daun pandan.
Adunan membuat pepejal bubur perlu likat dan dibentuk di dalam acuan dan tekan melalui acuan sehingga jatuh kedalam air yang sedang mendidih di atas dapur. Keluarkan dan masukkan ke dalam kuah yang di masak di atas dapur berlainan.
Jom cuba menu ini sebagai pemanis mulut berbuka puasa nanti.
?????:
• 125 gm tepung beras
• 60 gm tepung ubi
• 2 helai daun pandan
• 200 gm gula
• 500 ml santan
• 5 sudu besar pati pandan
• Sedikit kapur sirih
:
1. Masukkan santan, gula dan daun pandan di dalam periuk dan masak hingga mendidih.
2. Untuk menyediakan bahan pejal atau butir bubur pula, satukan tepung beras, tepung ubi, kapur sirih dan pati pandan. Kacau sehingga pekat dan likat.
3. Sudukan adunan ke dalam acuan (acuan kepingan logam berlubang)
4. Tekan keluar adunan melalui acuan sehingga jatuh kedalam air yang sedang mendidih di atas dapur.
5. Apabila butiran adunan telah masak, ia akan timbul ke permukaan.
6. Keluarkan dan toskan, kemudian masukkan ke dalam kuah santan yang telah dimasak di atas dapur yang berlainan.