Pais Ikan Keramat merupakan makanan warisan di Lenggong, Perak. Ia merupakan makanan berbungkus yang menggunakan daun pisang.
Ikan keramat ini bersaiz kecil seakan-akan ikan bilis. Pais ini dibakar di atas bara dengan menggunakan pemanggang kayu atau penyalai ataupun dikukus.
?????:
• 500 gm ikan keramat (ikan halus)
• 2 helai daun kunyit
• 10 helai daun kesum
• 3 biji limau kasturi – diambil jusnya
• Garam dan gula secukup rasa
• Daun pisang – untuk membungkus
• 5-6 biji bawang kecil
• 3 biji bawang putih
• 6-10 biji cili padi
• 5 cm kunyit hidup
• 2 batang serai
 
1. Ikan keramat atau ikan halus ini dibasuh dengan asam dan garam kasar untuk menghilangkan hanyir dan lendir, dan di toskan.
2. Kemudian digaul sebati dengan bahan yang telah ditumbuk. Daun kunyit dan kesum yang dihiris halus digaulkan bersama.
3. Perisakan dengan garam dan gula serta perahan limau kasturi.
4. Setelah sebati, ikan dbungkus dengan daun pisang seperti membuat lepat pisang.
5. Kemudian dipanggang dengan pemanggang atau dibakar ataupun disalai.