BORAK WARISAN

“SENI BINA MALAYSIA: SEBELUM DAN SELEPAS PASCA MERDEKA”

Seni bina di Malaysia telah mengalami jalur evolusi yang panjang, dinamik dan amat menarik. Tapak ritual di Sungai Batu, Rumah Penghulu Abdul Ghani di Merlimau, deretan rumah kedai tradisional Cina di Melaka dan Pulau Pinang, Bangunan Sultan Abdul Samad sehingga KLCC di tengah Bandaraya Kuala Lumpur merupakan antara simbolik yang memaparkan sisi istimewa seni bina di Malaysia. Adunan seni bina Melayu, Eropah, China, India dan Islam telah menyumbang kepada pembentukan satu identiti seni bina yang tersendiri sehingga menyebar luas ke Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat pada masa itu. Justeru, program bual bicara ini akan membawa penonton melihat perubahan seni bina di Malaysia dari era sebelum merdeka sehingga negara mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957.