WEBINAR SIRI 2:

“NOSTALGIA 64 TAHUN KEMERDEKAAN”

Kemerdekaan yang dicapai oleh negara bukanlah sesuatu yang mudah. Ia hasil dari kerjasama dan permuafakatan semua rakyat Malaysia berbilang kaum ketika itu.  Gabungan UMNO (Melayu), MCA (Cina) dan MIC (India) membentuk Parti perikatan merupakan titik permulaan dan kuasa perundingan Tanah Melayu bagi menuntut kemerdekaan daripada British. Webinar ini akan membicarakan tentang perjuangan dan sumbangan pelbagai etnik ini dalam menuntut kemerdekaan terutamanya tokoh politik terkenal seperti YTM Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn bin Jaafar, Tun Abdul Razak, Tun Sardon Jubir, Tan Sri Senu Abdul Rahman, Tun Sir Tan Cheng Lock, Tan Sri Tan Tong Hye (T.H. Tan), Tun Leong Yew Koh, Tun Tan Siew Sin, Tun Omar Ong Yoke Lin dan Dato’ Sri Lau Pak Khuan, Tun V. T. Sambanthan, K. Ramanthan, Tan Sri Athi Nahappan, Dato’ Sri E.E. Clough Thuraisingam, Kundan Lal Devasar dan Tan Sri Dr. Devaki Krishnan. Selepas merdeka hingga kini, pelbagai cabaran dihadapi oleh Malaysia terutamanya dalam berdepan dengan pembangunan negara dan kestabilan negara. Walau bagaimanapun, dalam tempoh 64 tahun ini juga, Malaysia telah memperoleh banyak pencapaian dalam pelbagai bidang hasil kerjasama pelbagai etnik sehingga meletakkan Malaysia setaraf dengan negara membangun yang lain. Sudah pasti banyak nostalgia yang telah dikecapi negara sepanjang tempoh 64 tahun kemerdekaan ini.