WEBINAR SIRI 3:

“KENALI, SAYANGI DAN LESTARIKAN WARISAN KITA”

Dasar Kebudayaan Negara 2021 (Daken) dirangka bagi memacu usaha ke arah merealisasikan visi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dengan kekayaan budaya oleh rakyatnya serta melestarikan agenda pemeliharaan dan pemuliharaan seni dan warisan negara. Malaysia amat kaya dari segi adat dan budaya, bahasa dan kesusasteraan, seni persembahan, tapak-tapak warisan dan laman budaya serta masyarakat pelbagai etnik telah mewarisi pelbagai kearifan tempatan, kemudian diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Usaha pemeliharaan, pemuliharaan dan kelestarian seni, budaya dan warisan ini sudah pasti memerlukan kerjasama dan penglibatan semua pihak. Masyarakat Malaysia khususnya perlu diterapkan nilai “kenali, sayangi dan lestarikan warisan kita” agar ia kekal terpelihara untuk tatapan generasi akan datang.