HEBAHAN WEBINAR WARISAN TIDAK KETARA SIRI 6/2022: SILANG BUDAYA DALAM SENI PERSEMBAHAN TRADISIONAL

Sempena menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan 2022, Jabatan Warisan Negara membawakan Webinar Warisan Tidak Ketara yang bertajuk “Silang Budaya dalam Seni Persembahan Tradisional” di kalangan masyarakat Malaysia. Istimewanya topik webinar ini adalah bertujuan untuk menaikkan semangat patriotisme dalam diri warga rakyat Malaysia, mencerminkan rasa cintakan tanah air tanpa mengira pelbagai kaum, bangsa dan agama. Warisan seni budaya telah menyatukan rakyat Malaysia dan teguh bersama sebagai keluarga Malaysia. Webinar ini akan diadakan secara dalam talian (Youtube Premiere) pada ketetapan seperti berikut:

 

Tarikh

31 Ogos 2022 (Rabu)

Masa

2:30 petang

Medium

Youtube Rasmi Jabatan Warisan Negara

https://www.youtube.com/c/HERITAGETVJWN