HEBAHAN: KARNIVAL JEJAK WARISAN MERDEKA 2023 & PELANCARAN BUKU PEMETAAN WARISAN BANDAR-BANDAR DIRAJA DI MALAYSIA
 
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Warisan Negara (JWN) dengan kerjasama Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) akan menganjurkan Karnival Jejak Warisan Merdeka 2023 dan Pelancaran Buku Warisan Pemetaan Bandar-Bandar Diraja di Malaysia bersempena sambutan bulan kemerdekaan negara yang ke-66 pada:
 
16 September 2023 | Sabtu
️7.00 pagi – 6.00 petang
Istana Bandar, Jugra, Kuala Langat, Selangor
 
Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti:
 
◉Jejak Warisan Merdeka ◉Kayuhan Warisan Merdeka ◉Pelancaran Buku Pemetaan Warisan Bandar-Bandar Diraja di Malaysia ◉Pameran Agensi/Jabatan ◉Bicara Kemerdekaan ◉Jualan Produk Warisan dan IKS ◉Pemeriksaan Kesihatan ◉Permainan tradisi ◉Pertandingan Masakan Tradisional ◉Pertandingan mewarna kanak-kanak ◉Cabutan bertuah dll.
 
 

Pendaftaran Kayuhan Warisan Merdeka:
https://bit.ly/3sAtIm7

Sekian dan salam hormat.

--

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“KENALI, SAYANGI DAN LESTARI WARISAN KITA”

 

Unit Komunikasi Korporat | Jabatan Warisan Negara

  1. +603 2612 7200 | E. This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.