Language Selection   

EN
                              

Pameran Kebaya Bersempena Ulang Tahun Ke-55 hubungan Diplomatik Malaysia Romania

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia melalui Jabatan Warisan Negara (JWN) telah mencalonkan Kebaya ke UNESCO bersama Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura dan Thailand di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity pada Mac 2023. Jabatan Warisan Negara (JWN) telah dijemput untuk mengadakan Pameran Kebaya oleh Parlimen Malaysia bersama Kedutaan Romania bermula pada 24 Jun sehingga 18 Julai 2024. JWN menyambut baik jemputan ini sebagai inisiatif untuk mempromosikan Kebaya sehingga ke akar umbi.

YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah merasmikan Majlis Pameran Seni Sempena Ulang Tahun Ke-55 Hubungan Diplomatik Malaysia Romania di Dewan Bankuet, Blok Utama, Bangunan Parlimen Malaysia pada 24 Jun 2024. Pengisian program ini adalah berupa pameran seni termasuk seni lukisan dan seni diorama yang melibatkan artis-artis seni tempatan dan Romania.

Image

PYT Nineta Bărbulescu, Duta Besar Romania memulakan majlis dengan memberikan ucapan dan seterusnya ucapan perasmian daripada YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Majlis ini turut dihadiri oleh YAM Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz, YBhg.

Datuk Haji Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBrs. Encik Riduan Rahmat, Setiausaha Bahagian (Pengurusan), Parlimen Malaysia, wakil-wakil kedutaan dan tetamu-tetamu kehormat. JWN telah diwakili oleh Timbalan Pesuruhjaya Warisan, YBrs. Encik Ruzairy bin Arbi.

Tajuk pameran ini adalah “Kebaya: Warisan Sepanjang Zaman” menerangkan jenis- jenis Kebaya seperti Kebaya Pendek, Kebaya Labuh dan Kebaya Sekerat Tiang. Di samping itu, ia turut memaparkan kepentingan Kebaya dalam sesebuah komuniti, fesyen dan juga di peringkat kebangsaan. Proses pencalonan Kebaya ke peringkat UNESCO juga merupakan salah satu pengisian dalam pameran ini. Terdapat juga peragaan koleksi Kebaya yang terdiri daripada Kebaya Labuh, Kebaya Pendek dan Kebaya Kota Bharu berserta aksesori, seni diorama Kebaya daripada WCO Holdings Sdn. Bhd. dan koleksi buku Kebaya.

Disediakan oleh:
Cawangan Seni Halus dan Kraf
Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara (JWN)

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur

No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900
Emel : info@heritage.gov.my

Jumlah Pelawat :

Ikuti Kami di Sosial Media

Income Tax Planning

    View Service