Language Selection   

EN
                              

Tekat

Tekat adalah satu daripada seni tekstil warisan Melayu yang agong. Sulaman tekat dikenali juga dengan nama bersuji, menekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar ( jenis baldu ). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk merenggangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat.

Asal usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan penggunaan sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina berketurunan Baba Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka. Terdapat beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh tukang pandai menekat. Antaranya ialah tekat timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada.

                                   Tekat Emas

 

JABATAN WARISAN NEGARA
Aras Mezanine, 15-20,
Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB),
No. 201-A, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Emel : info@heritage.gov.my

Jumlah Pelawat :

Income Tax Planning

    View Service