- Dibina pada tahun 1999 – 2000
- Dikenali sebagai Muzium Arkeologi Lenggong, ia dibuka untuk kunjungan awam pada tahun 2001 dengan pengisian Pameran Sementara.
- Kerja-kerja mereka bentuk dalaman dan pengisian bermula pada tahun 2001 dan siap pada 2003.
- Muzium ini kemudian dikendalikan oleh Jabatan Warisan Negara,di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, dan dinamakan Galeri Arkeologi Lembah Lenggong
- Lembah Lenggong diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 30 Jun 2012 oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UNESCO.