Language Selection   

EN
                              

Ukiran

UKIRAN TEMBAGA

Di Semenanjung Malaysia penggunaan bahan logam dalam keperluan hidup manusia telah bermula sejak zaman purba lagi. Penggunaan alat-alat daripada logam yang berukir berterusan hingga kini. Orang-orang Melayu juga banyak sekali menghasilkan beraneka jenis alat yang diperbuat daripada logam.

Perusahaan ini banyak terdapat di kawasan Perbandaran Kuala Terengganu iaitu di Kampung Ladang dan juga Tanjung. Ia dijalankan secara kecil-kecilan. Pada kebiasaannya bengkel perusahaan tembaga ini adalah terletak di bawah rumah pengusaha itu sendiri yang bertiang tinggi. Perusahaan kraf tangan ini adalah melibatkan 90 % kerja-kerja tangan dan hanya kerja-kerja di peringkat mencuci sahaja yang menggunakan alat jentera ringan.

Biasanya hasil kraftangan ukiran tembaga boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu kegunaan dalam upacara tradisi atau adat, kegunaan untuk hiasan dan cenderamata dan juga alatan rumah tangga.

 

 

LABU SAYUNG

Labu sayong merupakan sebahagian daripada seni kraftangan tembikar. Ia dibuat daripada hasil tanah liat yang dibakar atau dijemur. Biasanya, ia digunakan sebagai peralatan untuk menyimpan air, makanan termasuklah makanan yang dijeruk seperti pekasam, budu, tapai dan sebagainya. Malahan dikatakan menggunakan peralatan ini dalam urusan memasak dan menyajikan makanan menghasilkan makanan yang lebih sedap. Manakala air minuman yang menggunakan barangan labu sayong ini menjadikan ia segara dan dikatakan mempunyai khasiat tertentu.

Labu sayung ini mendapat namanya daripada bentuknya yang seperti buah labu air, manakala ‘sayong’ merupakan tempat tembikar ini banyak diusahakan iaitu di Kampong Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Tembikar yang dikenali sebagai labu sayong, terdapat pelbagai bentuk yang dihasilkan antaranya labu leper, labu bocong, labu tela, labu pucung, dan labu panai.  

 

 

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur

No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900
Emel : info@heritage.gov.my

Jumlah Pelawat :

Income Tax Planning

    View Service