BENGKEL GARIS PANDUAN DAN DOKUMENTASI PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN
Written by Super User
TARIKH : 20-21 MEI 2015
Bengkel Garis Panduan dan Dokumentasi Pemuliharaan Bangunan Warisan telah diadakan pada 20 Mei 2015 hingga 21 Mei 2015. Bengkel ini dihadiri oleh tujuh orang (7) Panel Pakar Jemputan dan dua puluh (20) peserta yang merupakan
kakitangan JWN. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mengumpul idea-idea, ulasan dan maklumbalas daripada semua yang terlibat sebelum ianya dimuktamadkan sebagai kandungan penuh Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan. Bengkel ini merupakan langkah proaktif kearah penghasilan Pendokumentasian Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan dalam memastikan semua aktiviti dan kerja yang berkaitan dengan Pemuliharaan Bangunan Warisan mematuhi prinsip dan prosedur yang terkandung dalam Garis Panduan.
Leave a comment
Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.