Super User

Super User



Para pemenang bergambar bersama YBrs.Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan. Chik, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YBrs. Cik Saraya binti Arbi, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) dan YBhg. Dato’ Zainah binti Ibrahim, Mantan Pesuruhjaya Warisan, Jabatan Warisan Negara.



Juara bagi Pertandingan Video Pendek Nilai-nilai Murni 2018



Para peserta bengkel bergambar bersama YBrs. Encik Khalid bin Syed Ali, Pengarah Bhagaian Warisan Tidak Ketara

 

 

 

Sesi percambahan minda berkaitan Bendera Malaysia


Penerangan butiran Syair oleh YBhg. Dato Aripin bin Said

 

Para peserta bergambar bersama Mantan Timbalan Pesuruhjaya Warisan, YBrs Tuan Haji Mesran bin Yusop

Program Bahagian Warisan Tidak Ketara Tahun 2018

  • Bengkel Metodologi Penyelidikan Kebudayaan Warisan Tidak Ketara pada 2 Mei 2018.
  • Bengkel Tatacara dan Peraturan Butiran Warisan Syair pada 22-23 Mei 2018.
  • Pertandingan Video Pendek Nilai-nilai Murni ‘Adab’ pada 17 Ogos 2018.
  • Bengkel Penjurian Pertandingan Sayembara Dendangan Syair pada 3-4 September 2018.
  • Sayembara Dendangan Syair 4 Zon 2018, Peringkat Saringan di Zon Utara pada 8 September 2018.
  • Sayembara Dendangan Syair 4 Zon 2018, Peringkat Saringan di Zon Selatan pada 13 September 2018.
  • Sayembara Dendangan Syair 4 Zon 2018, Peringkat Saringan di Zon Tengah pada 22 September 2018.
  • Sayembara Dendangan Syair 4 Zon 2018, Peringkat Saringan di Zon Timur pada 27 September 2018.
  • Sayembara Dendangan Syair 4 Zon 2018, Peringkat Kebangsaan pada 8 Oktober 2018.
  • Bengkel Pemurnian Garis Panduan Jalur Gemilang & Lagu Negaraku pada 4-5 November 2018.

 

Program Pengembangan dan Latihan di Pusat Pengembangan Warisan, Jalan Sultan Suleiman

  • Bengkel Pengadilan Permainan Tradisional pada 19 April 2018.
  • Bengkel Pengenalan Destar, Tanjak dan Tengkolok
  • Bengkel Selendang Ikat 2018 pada 5 September 2018.
Tuesday, 09 March 2021 09:45

Program bersama Agensi (NBOS)

Program bersama Agensi (NBOS)

 

  • Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Tahun Baru Cina 2018 pada 1-3 Mac 2018.
  • Fiesta Raikan Perpaduan & Kebudayaan pada 13-15 April 2018.
  • Pesta Makanan Warisan @ Kg. Beluru, K. Kangsar, Perak pada 1 Mei 2018.
  • Demonstrasi Permainan Tradisional sempena ‘World Urban Forum (WUF9)’ pada 11 Februari 2018.
  • Hari Kraf Kebangsaan (HKK 2018) pada 22 Mac – 1 April 2018.
  • Pesta Chenor 2018 pada 27-29 April 2018.
  • Program IFTAR (Berbuka Puasa) @ Kuala Lumpur di Jalan Raja Dataran Merdeka 2018 pada 26,27 Mei & 2,3, 9, 10 Jun 2018.
  • Mini Sukan Rakyat bagi Murid Bekeperluan Khas Sekolah Rendah Peringkat Zon Bangsar & Pudu 2018 pada 26, 27 & 29 Jun 2018.
  • Pertandingan Citra Khas Boria Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Zon Pudu & Bangsar
    -Terlibat sebagai Juri Pertandingan Boria pada 5 Julai 2018.
  • Rakaman Video Panduan Dendangan Syair pada 21-22 Julai 2018.
  • ‘Selangor International Indigenous Arts Festival 2018’ Mengadakan Pameran Permainan Tradisional dan Demonstrasi Kercang pada 4-5 Ogos 2018.
  • Bengkel Pengenalan Destar, Tanjak, dan Tengkolok pada 18 Ogos 2018.
  • Festival Seni Hidup Semarakkan Budaya Komuniti anjuran JKKN pada 9-11 November 2018.
  • Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Jalur Gemilang pada 2-5 Ogos 2018
  • Permainan Sukan Rakyat sempena Karnival Permainan Pendidikan Khas Peringkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14-16 Ogos 2018.
  • Program Singgah Santai@PNM pada 28 Julai 2018
  • Asean Songket Festival & International Songket Run 2018 pada 18, 19 & 21 Julai 2018.
  • Program Singgah Santai@PNM pada 3 November 2018

Para peserta bengkel bergamabr bersama tenaga pengajar iaitu YBrs. Dr. Lim Swee Tin

 

 

Para peserta sedang mendengar penerangan yang disampaikan oleh tenaga pengajar

 

             Satu sesi “Brainstorming” bagi task force untuk galeri dan aktiviti agrokulinari sempena MAHA 2018 telah diadakan pada 27-28 September 2018 bertempat di MAEPS Serdang. Sesi ini telah diselaraskan oleh Bahagian Industri Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA). Bengkel ini turut dihadiri oleh Setiausaha Bahagian (SUB) Industri Asas Tani, Puan Roziah binti Abudin. Bengkel ini telah dihadiri wakil daripada Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara (JWN) iaitu Puan Junaidah binti Salleh, Ketua Penolong Pengarah (KPP) dan Encik Mohd Ieezwan bin Mohd Sadik, Penolong Pengarah Cawangan Adat dan Budaya.

             Kluster agrokulinari merupakan salah satu daripada kluster yang diwujudkan untuk menonjolkan nilai estetika serta keunikan citarasa etnik masyarakat Malaysia dalam industri makanan dan minuman. Objektif bengkel ini bertujuan untuk mengenalpasti input bagi galeri kluster agrokulinari merangkumi informasi, video (footage) dan bahan pameran. Dalam sesi ini juga, bertujuan untuk merangka aktiviti sepanjang tempoh program MAHA 2018 iaitu selama 11 hari bermula pada 22 November sehingga 2 Disember 2018. JWN telah dipertanggunjawabkan untuk membantu pihak urusetia dalam merangka dan memberikan idea dalam merekabentuk sudut menu dan persembahan makanan dan juga sudut bacaan.

   

Disediakan oleh:               

Cawangan Adat dan Budaya

Bahagian Warisan Tidak Ketara

 

Tarikh: 2 Oktober 2018

Friday, 05 March 2021 15:29

Singgah Santai @ PNM 2018

Bahagian Warisan Tidak Ketara (BWTK), Jabatan Warisan Negara (JWN) sentiasa komited dalam meneruskan usaha untuk memupuk dan melestarikan warisan negara termasuklah  permainan tradisonal melalui pelbagai platform. JWN telah memenuhi jemputan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk menyertai program berkala anjuran PNM iaitu Singgah Santai@PNM 2018  yang telah diadakan pada 3 November 2018 yang lalu. JWN telah membawakan pelbagai permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, tutup botol, tating lawi, sepak raga, dam aji dan kerchang untuk dicuba oleh para pengunjung. Program yang diadakan di perkarangan PNM ini mendapat sambutan baik para pengunjung pelbagai peringkat usia yang teruja untuk mencuba sendiri permainan-permainan ini terutamanya permainan masyarakat orang asli iaitu kerchang yang jarang ditemui. Ibu bapa yang hadir turut mengambil peluang untuk bermain permainan yang disediakan bersama-sama anak mereka, sekaligus dapat memperkenalkan permainan tradisional kepada generasi muda dalam aktiviti ini disamping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.


Pada 4-5 November 2018 yang lalu, telah berlangsung satu Bengkel Pemurnian Garis Panduan dan Tatacara Perlindungan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara ‘Lagu Negaraku’ dan ‘Bendera Malaysia’. Bengkel ini telah diadakan di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor dan merupakan kesinambungan daripada bengkel yang telah diadakan sebelum ini iaitu pada 31 Oktober-1 November 2017. Pada sesi kali ini, hasil perbincangan terdahulu telah diperhalusi dan dibentangkan supaya satu draf garis panduan dan tatacara perlindungan untuk ‘Lagu Negaraku’ dan ‘Bendera Malaysia’ diperolehi dan disepakati oleh Agensi dan Jabatan yang terlibat. Garis panduan ini seterusnya akan disebar luaskan supaya ia menjadi rujukan kepada setiap lapisan masyarakat bagi memastikan tiada penyalahgunaan terhadap kedua-dua lambang kedaulatan negara ini.   Justeru, dalam memastikan kesinambungan perbincangan terdahulu, kebanyakan para peserta Bengkel merupakan peserta sama yang terdiri daripada pelbagai agensi seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Bahagian Istiadat, Kementerian Pertahanan, Bahagian Istiadat dan Upacara Persidangan Antarabangsa (BIUPA), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Arkib Negara Malaysia (ANM), Akademi Seni, Budaya dan Warisan (ASWARA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bahagian Dasar Kebudayaan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya  Malaysia serta pegawai-pegawai Jabatan Warisan Negara (JWN) sendiri. Bengkel ini juga merupakan perintis dan rujukan untuk penyediaan garis panduan butiran-butiran warisan kebudayaan tidak ketara yang lain pada masa akan datang.        

Pada 7-9 Disember 2018 yang lalu, Jabatan Warisan Negara (JWN) telah dijemput untuk menyertai Karnival dan Kongres Warisan serta Industri Kecil 2018 (KWIK) anjuran Persatuan Pedagang & Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) dengan kerjasama Kursi Institusi Raja-raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Program 3 hari ini berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay dan telah dirasmikan oleh YB. Datuk Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Karnival ini bertujuan untuk menanamkan semangat, apresiasi dan penghayatan terhadap warisan Malaysia dikalangan rakyat pelbagai usia dan kaum merangkumi seni suara, seni budaya, seni pakaian, seni kraftangan, seni mempertahankan diri, seni penulisan, seni makanan dan lain-lain. Karnival ini turut menghimpunkan pengusaha-pengusaha produk tempatan berasaskan warisan, pembentangan kertas kerja oleh tokoh-tokoh dan key-player dalam pembangunan industri warisan, demonstrasi dan persembahan kebudayaan dalam dan luar negara. Bersempana karnival ini, JWN telah mengadakan pameran dan demonstrasi permainan tradisional yang bertujuan melestari dan mendedahkan permainan warisan kita kepada setiap lapisan masyarakat terutamanya generasi muda.

  

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur
No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900

Emel : info@heritage.gov.my

 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable