PENGIKTIRAFAN WARISAN DUNIA

 

Jabatan Warisan Negara memainkan peranan penting untuk memartabat dan mengangkat khazanah warisan negara ke peringkat dunia dalam usaha memelihara dan melindungi asset negara yang tidak ternilai untuk tatapan masyarakat dalam dan luar negara serta generasi akan datang. Ini juga adalah selaras dengan matlamat Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia dalam mempromosikan keunikan khazanah warisan negara sebagai produk pelancongan bertaraf dunia. Sehingga kini Malaysia telah berjaya mendapat beberapa pengiktirafan peringkat antarabangsa di bawah Pertubuhan Sains, Pendidikan dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) iaitu Tapak Warisan Dunia UNESCO, Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity dan Memory of the World. Malaysia juga pernah terpilih untuk menyumbang kepakaran dalam bidang warisan sebagai Ahli World Heritage Committee UNESCO bagi tempoh 2011 hingga 2015.