Pengenalan

PENGENALAN

 

Seni Persembahan adalah satu bentuk pertunjukkan seni yang dilakukan secara langsung atau terus kepada penonton atau khalayak yang membabitkan empat (4) elemen iaitu masa, ruang, tempat dan hubungan antara pelaku dan penonton. Persembahan ini boleh diadakan berdasarkan panduan skrip atau tanpa skrip, spontan atau dirancang dengan teliti dan ia boleh berlaku di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai. Secara asasnya seni persembahan bertujuan untuk mengekspresikan emosi dan perasaan yang merupakan suatu penyataan yang ingin disampaikan oleh si pelaku kepada khalayak yang menonton atau menyaksikan persembahan itu.

 

Dalam lingkungan warisan, seni persembahan seharusnya memperlihatkan nilai-nilai warisan yang murni dan beradab bagi mewakili suatu cerminan budaya dan ketamadunan kepada masyarakat yang diwakilinya.

CAWANGAN SENI PERSEMBAHAN

 

Cawangan Seni Persembahan, Bahagian Warisan Tidak Ketara menyelaras dan melaksanakan penyelidikan, pendokumentasian, program pengembangan, perlindungan dan pencalonan Warisan, Warisan Kebangsaan, Warisan Dunia dan Warisan Kebangsaan Orang Hidup yang merangkumi seni persembahan agar ia selaras dan teratur mengikut ketetapan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).

 

Teras Utama Seni Persembahan di Bahagian Warisan Tidak Ketara merangkumi :