Sesi penerangan dan konsultasi mengenai pencalonan Dondang Sayang bersama stakeholders dan wakil komuniti telah diadakan pada 21 Mac 2017 di Pejabat JWN Zon Selatan, Bangunan HSBC, Banda Hilir, Melaka. Ia bertujuan untuk menjelaskan mengenai usaha pencalonan dan perkara-perkara berkaitan sebagai tanda persetujuan untuk diangkat ke peringkat UNESCO. Dondang Sayang merupakan sejenis nyanyian yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu dan Cina Peranakan di Melaka. "Dondang" bermakna nyanyian, manakala "Dondang Sayang" bermaksud nyanyian mengulit kasih. Ia merupakan elemen warisan kebudayaan tidak ketara yang dicalonkan sebagai Representative List of The Intangible Cultural Heritage Of Humanity, UNESCO pada tahun 2017.
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Jabatan Warisan Negara (JWN) telah mencalonkan “Pantun” sebagai elemen Warisan Kebudayaan Tidak Ketara dibuat secara bersama (multi-national) dengan Republik Indonesia. Pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu dan dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan bagi menyampaikan buah fikiran dan perasaan seseorang. Pantun juga adalah merupakan genre kesusasteraan tradisional Melayu yang berkembang di seluruh dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun dahulu dan juga sering dijadikan sebagai alat komunikasi masyarakat pada ketika itu. Bagi tujuan penyenaraian Pantun, pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Jabatan Warisan Negara telah mengadakan mesyuarat pada 27 Februari 2017 bersama wakil Republik Indonesia…
Sesi Penerangan dan Konsultasi Pencalonan Pantun Sebagai Representative List Of The Intangible Cultural Heritage Of Humanity telah diadakan pada 22 Mac 2017 bertempat di Blok A, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Ianya merupakan salah satu perkara penting untuk setiap pencalonan warisan ke peringkat antarabangsa. Sesi penerangan ini telah diadakan bersama pihak Stakeholders serta wakil komuniti yang terlibat. Ia diadakan bertujuan untuk menjelaskan tentang usaha pencalonan Pantun dan langkah-langkah untuk menyemarakkan, memelihara dan melindunginya. Secara dasarnya semua yang hadir telah menyokong usaha pencalonan pantun di peringkat UNESCO. Pihak JWN telah menghantar pencalonan pantun secara bersama dengan Republik Indonesia pada 31…
Sambutan Hari UNESCO Malaysia 2017 “Harmony with Nature” iaitu Harmoni dengan Alam Semulajadi telah memilih Sabah sebagai tuan rumah bermula 9 - 10 September 2017 sebagai penghormatan Taman Kinabalu yang telah mendapat pengiktirafan Tapak Warisan Dunia Pertama Malaysia pada tahun 2000 oleh UNESCO. Pihak JWN telah terlibat dalam pengisian program di khemah pameran bersama-lain-lain agensi. Program ini dianjurkan oleh Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia merangkap Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM), YBhg Dato’ Seri Mahdzir Khalid pada 10 September 2017, Ahad jam 9.30 pagi. Antara VVIP lain…
TARIKH : 28 APRIL 2015 TEMPAT : BILIK MESYUARAT UTAMA, BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD, KUALA LUMPUR
TARIKH : 17-18 APRIL 2015 TEMPAT : BANGUNAN IBU PEJABAT UNESCO PARIS, PERANCIS

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur
No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900

Emel : info@heritage.gov.my

 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable