MESYUARAT PENCALONAN TAMAN NEGERI ROYAL BELUM SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO
Written by Warisan Dunia AdminTarikh : 6 Ogos 2018 (Isnin)
Masa : 2.30 Petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Mezzanine
Blok B, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs Hj. Mesran bin Mohd Yusop, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Warisan Negara. Turut dihadiri oleh wakil-wakil dari agensi di peringkat negeri termasuk Pejabat Tanah & Galian Negeri Perak, Perbadanan Taman Negeri Perak, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, WWF (World Wide Fund for Nature), Persatuan Pencinta Alam Malaysia dan agensi yang berkaitan.
Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk menyelaras maklumat dan tugasan antara agensi yang berkaitan untuk proses pencalonan Taman Negeri Royal Belum sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Dokumen Tentative List Taman Negeri Royal Belum yang merupakan dokumen awal telah dihantar kepada pihak UNESCO pada Februari 2017 serta telah diluluskan semasa Mesyuarat World Heritage Committee ke 41 di Krakow, Poland.
Leave a comment
Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.