MESYUARAT PENGURUSAN TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO DI MALAYSIA
Written by Warisan Dunia AdminTarikh : 13 September 2018 (Khamis)
Masa : 2.30 Petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Mezzanine
Blok B, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur
Mesyuarat Pengurusan Tapak Warisan Dunia UNESCO di Malaysia telah diadakan pada 13 September 2018 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Mezzanine Blok B, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Mesyuarat telah dihadiri oleh Pengurus Tapak Warisan Dunia Taman-Taman Sabah, Taman Negara Mulu, Melaka dan George Town dan Tapak Arkeologi Lembah Lenggong. Turut hadir dalam mesyuarat ini daripada pihak UPEN Negeri, Pejabat MOTAC Negeri, Pejabat Tourism Negeri,dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa diperingkat negeri yang berkaitan.
Mesyuarat ini diadakan dari semasa ke semasa bagi tujuan pemantauan dan kawalan Tapak-Tapak Warisan Dunia di seluruh Malaysia serta memastikan ianya dapat diuruskan dengan sebaik mungkin selaras dengan kehendak pihak UNESCO. Mesyuarat ini turut bertujuan untuk mendapatkan laporan dan maklum balas mengenai program dan aktiviti serta isu yang berkaitan dengan pengurusan Tapak Warisan Dunia yang perlu diambil maklum dan tindakan JWN dan semua pihak yang berkaitan.
Leave a comment
Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.