Menurut kajian terkini yang telah dilakukan, Lembah Lenggong, Hulu Perak merupakan petempatan terawal di Malaysia iaitu lebih kurang 1.83 juta tahun dahulu. Kajian geologi Bukit Bunuh, Lenggong menunjukkan kawasan ini pernah ditimpa bencana meteorit pada 1.83 juta tahun dahulu. Bukti meteorit ini boleh dilihat daripada kesan hentaman yang ditinggalkan seperti batuan asal terlebur dan menjadi batuan impak yang dikenali sebagai suevite. Di dalam suevite ditemui banyak alat batu, antaranya kapak genggam. Ini menunjukkan bahawa telah ada kebudayaan Paleolitik yang berlangsung di Bukit Bunuh sebelum impak meteorit, 1.83 juta tahun dahulu. Daripada rekod pentarikhan ini, didapati bahawa Lembah Lenggong yang terletak di kawasan ini merupakan pusat petempatan terawal manakala di bahagian lain di Malaysia tidak dihuni sehingga ke masa yang lebih lewat. Manusia awal dijangka mendiami petempatan-petempatan ini selama beberapa ribu tahun dan mungkin kemudian wujud petempatan yang tersebar di kawasan lain.
Bukit Bunuh (1.83 Juta Tahun) | Bukit Bunuh, Lenggong. Bukti kajian geologi menunjukkan kawasan ini pernah ditimpa bencana meteorit 1.83 juta tahun dahulu |
Alat batu Suevite yang ditemui di Bukit Bunuh terhasil akibat impak meteorit |