19 Mac, Kuala Krai - Satu lawatan pemeriksaan dan penilaian dari Jabatan Warisan Negara (JWN), Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) yang di wakili oleh pegawai di Bahagian Konservasi dan Pejabat Zon Timur bersama beberapa agensi teknikal seperti Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah di adakan bagi mengenal pasti punca masalah kerosakan yang berlaku terhadap Jambatan Gantung Sultan Ismail di Kuala Krai.
Pertemuan dan perbincangan agensi teknikal ini, bertujuan menghasilkan satu pelaporan yang terbaik dalam mencari kaedah dan perancangan penyelamatan mengikut spek dan skop yang betul. Pelaporan ini juga mencari dan meneliti kos biayaan kerja kerja penyelamatan ini mengikut bidang dan kepakaran setiap agensi terbabit.
"𝐾𝑒𝑛𝑎𝑙𝑖, 𝑆𝑎𝑦𝑎𝑛𝑔𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝐿𝑒𝑠𝑡𝑎𝑟𝑖 𝑊𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝐾𝑖𝑡𝑎"