Latar Belakang
PENUBUHAN : Bermula daripada Bahagian Warisan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA) dan dinaikkan taraf sebagai Jabatan pada 1 Mac 2006. Jabatan ini bertanggungjawab memelihara dan mengekalkan warisan negara seperti yang termaktub di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.
AKTA : Akta Warisan Kebangsaan 2005 & lain-lain Akta.
KAJIAN PERJAWATAN UTAMA : Waran Perjawatan KPKM WP Bil. E 71/2013.
MISI
Meneroka, memulihara dan memelihara warisan negara ke arah pembangunannya yang mampan sehingga terserlah di persada dunia.
VISI
Peneraju dalam penerokaan dan pengekalan khazanah warisan ke arah pembentukan teras jati diri bangsa dan penjanaan ekonomi negara.
OBJEKTIF
Memulihara, memelihara dan melindungi warisan kebudayaan dan warisan semulajdi melalui penyelidikan, pendokumentasian, penguatkuasaan dan menggalakkan kesedaran terhadap warisan menerusi :-
Memperluaskan portfolio butiran warisan yang dipelihara untuk disenaraikan dalam Buku Daftar Warisan Kebangsaan dan mengembangkan pengetahuan sedia ada dan baru melalui penyelidikan arkeologi, konservasi dan Warisan Tidak Ketara
Berkongsi pengetahuan mengenai perkembangan warisan Malaysia melalui pendidikan, untuk menggalakkan budaya penyelidikan dan analisis, serta bersama-sama meneroka Khazanah Warisan Negara serta meningkatkan kepakaran dalam pelbagai bidang warisan dan menepati piawaian antarabangsa
Berusaha mengangkat Warisan Negara sehingga mendapatkan pengiktirafan dunia