Pilihan Bahasa   

MY
                              

TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO LEMBAH LENGGONG

WARISAN ARKEOLOGI LEMBAH LENGGONG, PERAK

30 JUN 2012

 

 

 

Nama Malaysia sekali lagi diangkat di persada antarabangsa apabila Warisan Arkeologi Lembah Lenggong berjaya diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia semasa mesyuarat World Heritage Committee sesi ke-36 yang diadakan di Saint Petersburg, Rusia pada 30 Jun 2012. Merangkumi kawasan seluas 398.64 hektar, tapak ini membekalkan siri urutan budaya mengikut kronologi bermula dari zaman Paleolitik hingga ke zaman Neolitik dan zaman Logam. Tapak-tapak ini telah ditetapkan usianya secara kronometrik bermula daripada 1.83 juta hingga 1,700 tahun yang lalu. Salah satu artifak paling signifikan yang dijumpai diLembah Lenggong ialah Perak Man yang meninggal dunia pada usia sekitar 45 tahun dan dijumpai dikebumikan dalam gua dengan penuh istiadat kira-kira 10,000 tahun lalu, bersama bahan kiriman. Dia dilahirkan dengan kecacatan Brachymesophalangia Jenis A2, dan ini merupakan bukti terawal kecacatan jenis ini di dunia, justeru menyumbang kepada sejarah sains perubatan. Perak Man juga merupakan rangka manusia tertua hampir lengkap yang ditemui di Asia Tenggara. Lembah Lenggong dikenali kerana sumbangannya terhadap pemahaman tentang pembuatan alat batu di zaman Paleolitik di Asia Tenggara yang tidak banyak diketahui sehingga penemuan Kota Tampan pada tahun 1987, iaitu tapak yang wujud kira-kira 74,000 tahun dahulu. Memandangkan teknologi Paleolitik ialah teknologi alat batu, penemuan tapak pembuatan alat batu ini merupakan penemuan teras budaya ketika itu. Penemuan arkeologi ini merupakan tanda aras penting dalam menetapkan tarikh kewujudan manusia pra-sejarah di Asia Tenggara dan impaknya ke atas teori berkaitan perkembangan hominid di seluruh Australasia serta juga perkembangan budaya alat batu. Ini membuatkan Warisan Arkeologi Lembah Lenggong sebagai sebuah landskap budaya unik yang mempunyai nilai sejagat yang sangat penting kepada manusia.

 

 

ARCHAEOLOGI CAL HERITAGE OF THE LENGGONG VALLEY, PERAK

30 JUNE 2012

 

Malaysia was once again highlighted at the international stage when Archaeological Heritage of the Lenggong Valley was recognized as a world heritage site at the 36th session of the World Heritage Committee meeting in St Petersburg, Russia on 30th June 2012. Covering an area of 398.64ha, it provides a series of chronologicallyordered and spatially-associated culture sequences from the Palaeolithic through the Neolithic and Metal periods. These sites have been chronometrically dated from 1.83 million to 1,700 years ago. One of the most significant artefact found in the Lenggong Valley is a skeleton named the Perak Man, who died at the age of around 45 and found ceremonially buried about 10,000 years ago, with mortuary objects in a cave. He was born with a deformity, Brachymesophalangia Type A2, thus far the earliest evidence of this congenital deformity in the world, thus contributing to history of medical sciences too. He is also the oldest most complete human skeleton found in Southeast Asia. The Lenggong Valley is also known for its contribution to our understanding of the making of Palaeolithic stone tools in Southeast Asia, which was little known until the discovery of 1987 discovery of Kota Tampan, a site dated to about 74,000 years ago. Given that Palaeolithic technology is stone tool technology, the discovery of a stone tool making site is the discovery of the core of their culture. These archaeological discoveries provide important milestones in dating the presence of prehistoric people in Southeast, and impact on theories concerning the expansion of hominids throughout Australasia and the evolution of their stone tool cultures. This makes the Archaeological Heritage of the Lenggong Valley a unique cultural landscape of outstanding universal value to mankind.

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur

No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900
Emel : info@heritage.gov.my

Jumlah Pelawat :

Income Tax Planning

    View Service