Pilihan Bahasa   

MY
                              

TAPAK ARKEOLOGI SUNGAI BATU

LATAR BELAKANG SEJARAH

Penyelidikan dan ekskavasi arkeologi di tapak baru di Sungai Batu, Lembah Bujang bermula pada Februari 2009. Tapak ini telah ditemui oleh Pusat Penyelidkan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia pada tahun 2007. Tapak arkeologi Sungai Batu dijangkakan sebagai kompleks ketamadunan Lembah Bujang kerana meliputi Kawasan yang luas, melebihi 3 kilometer persegi dengan 30 pembukitan kecil. Tapak ini berada lebih krang 10 km dari Sungai Petani dan 80 km dari Alor Setar. Ia terletak di dalam ladang kelapa sawit di jalan Semeling – Merbok.

Tapak in mendedahkan bukti struktur batu bata di permukaannya akibat pembangunan pertanian tanaman kelapa sawit. Berada di tepi aliran Sungai Batu dan cawangannya yang mungkin merupakan struktur binaan yang mempunyai kaitan dengan sungai. Lokasi ini mempunyai keunikan tersendiri iaitu mempunyai system pengaliran anak sungai yang menunjukkan seolah-olah setiap permatang terpisah menjadi seperti pulau-pulau. Justeru itu, lokasi Sungai Batu ini adalah amat strategic untuk menjalankan aktiviti perdagangan dan pertahanan.

 

INFO

        ALAMAT :  Tapak Arkeologi Sungai Batu, Titi Semeling, Sungai Petani, Kedah.

 

          NO TELEFON : 04 7353643

 

          WAKTU MELAWAT : 9.00 PAGI – 4.30 PETANG (TUTUP PADA CUTI UMUM)

 

          MASUK ADALAH PERCUMA

 

          PETA LOKASI

 

LAWATAN TAPAK VIRTUAL

  *VIDEO SEPERTI KITA SEDANG MEMASUKI GALERI NAMUN HANYA MENUNJUKKAN SEBAHAGIAN TAPAK EKSKAVASI.

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur

No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900
Emel : info@heritage.gov.my

Jumlah Pelawat :

Income Tax Planning

    View Service