Pilihan Bahasa   

MY
                              

GALERI MELAYU PULAU PINANG

LATAR BELAKANG SEJARAH

Rumah ini dibina sekitar tahun 1893 atas sebidang tanah  seluas 1,608 meter persegi dan telah menjadi kediaman   beberapa  generasi. Jalan Hutton sewaktu masa dahulu   terkenal sebagai daerah kediaman hartawan dengan   rumah-rumah agam  milik saudagar jawi pekan dan India Muslim. Rumah ini dikenali dengan nama Rumah Teh  Bunga kerana warnanya. Pemilik asal rumah ini ialah Tuan Abdul Wahab, saudagar Jawi Peranakan Pulau Pinang yang tinggal di sini untuk tempoh yang singkat sahaja.  Pada awal 1900an, rumah ini dibeli oleh Encik Tan Chong Keat. Keluarga ini mendiami rumah ini untuk beberapa     generasi dan pada satu-satu masa ia pernah didiami oleh tiga hingga empat keluarga serentak.

Rumah gaya Sino-Malay ini menggabungkan seni   rumah   bumbung limas Melayu dengan ciri Cina dan Eropah    menyerupai Rumah Syed Al-Attas di Lebuh Armenian dan Rumah Ku Din Ku Meh di jalan Penang, George Town, Pulau Pinang. Rumah bata berturap ini berbumbung genting India. Pada pediment fasad hadapan rumah     terdapat lambang bulan dan bintang sebagai tanda penghuni asalnya Islam serta  diserikan dengan motif flora.

Rumah ini terbahagi kepada ruang utama dan ruang dapur yang bersambung serta garaj yang berasingan. Rumah utama mengandungi anjung luar, ruang tamu, empat bilik tidur, ruang keluarga dan anjung atas. Rumah dapur terbahagi kepada dapur, bilik pembantu, bilik makan , bilik mandi, tandas, setor dan ruang jemuran terbuka. Manakala garaj yang terletak bersebelahan ruang utama pula menempatkankediaman pemandu, tempat meletak kereta kuda dan dua kandang kuda. Sebuah garaj kereta dibina  kemudian bersebelahan rumah dapur. Pada tahun 2008, Jabatan Warisan Negara telah menaiktaraf Rumah Teh Bunga kepada Galeri Melayu Pulau Pinang.

 

INFO

        ALAMAT :  Galeri Melayu Pulau Pinang, No 138, Hutton Lane, 10050 George Town, Pulau Pinang.

 

          NO TELEFON : 042261686

 

          WAKTU MELAWAT : 9.00 PAGI – 4.30 PETANG (TUTUP PADA CUTI UMUM)

 

          MASUK ADALAH PERCUMA

 

         PETA LOKASI

 

          FB PAGE : Galeri Melayu Pulau Pinang

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur

No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900
Emel : info@heritage.gov.my

Jumlah Pelawat :

Income Tax Planning

    View Service