Pilihan Bahasa   

MY
                              

Galeri Warisan Kota Melaka




Bangunan lama HSBC ini adalah merupakan sebuah bangunan zaman British yang dibina khas sebagai sebuah bank di sekitar tahun 1912. 

 

Bangunan ini menempatkan operasi Jabatan Warisan Negara Zon Selatan dan Galeri Warisan yang turut mempamerkan jumpaan hasil penyelidikan jajaran tembok kota Melaka.

 

Kajian penyelidikan dan pembangunan semula Kota Melaka telah dilaksanakan oleh Jabatan Warisan Negara bermula seawal 2007 hingga 2012.

 

Objektif utamanya adalah bagi menemukan bukti-bukti peninggalan sejarah yang berusia hampir 500 tahun.

 

Ekskavasi arkeologi telah dilakukan bagi merungkai kembali sejarah yang pernah terkandung di bumi Melaka Tapak Warisan Dunia. Antara jumpaan penting adalah jajaran Tembok Kota Melaka.

 

Hasil kajian yang dijalankan membantu memperkayakan lagi data maklumat terperinci mengenai Kota Melaka sehingga menjurus kepada pembinaan semula salah sebuah kubu Kota Melaka yang sangat penting iaitu Bastion Middleburg.

 

Kini bangunan ini bukan sahaja berfungsi sebagai Pejabat Zon Selatan Jabatan Warisan Negara yang merangkumi negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, tetapi juga berfungsi sebagai galeri pameran yang mempersembahkan perincian hasil penyelidikan Warisan Kota Melaka yang ditemui.

  

 

 Pameran rangka lengkap manusia yang ditemui semasa kerja carigali arkeologi mencari jajaran tembok kota Melaka menjadi antara tarikan pengunjung ke Galeri Warisan.

 

 

Sudut bahan rujukan ilmiah terbitan Jabatan Warisan Negara

 

 

 Mempamerkan artifak jumpaan carigali arkeologi di sekitar kawasan Core Zone Bandar Warisan Dunia di dalam Galeri Warisan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penceritaan melalui pameran hasil penyelidikan mencari jajaran tembok Kota Melaka

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur

No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900
Emel : info@heritage.gov.my

Jumlah Pelawat :

Income Tax Planning

    View Service