Pilihan Bahasa   

MY
                              

Galeri Warisan Kota Melaka




Bangunan lama HSBC ini adalah merupakan sebuah bangunan zaman British yang dibina khas sebagai sebuah bank di sekitar tahun 1912. 

 

Bangunan ini menempatkan operasi Jabatan Warisan Negara Zon Selatan dan Galeri Warisan yang turut mempamerkan jumpaan hasil penyelidikan jajaran tembok kota Melaka.

 

Kajian penyelidikan dan pembangunan semula Kota Melaka telah dilaksanakan oleh Jabatan Warisan Negara bermula seawal 2007 hingga 2012.

 

Objektif utamanya adalah bagi menemukan bukti-bukti peninggalan sejarah yang berusia hampir 500 tahun.

 

Ekskavasi arkeologi telah dilakukan bagi merungkai kembali sejarah yang pernah terkandung di bumi Melaka Tapak Warisan Dunia. Antara jumpaan penting adalah jajaran Tembok Kota Melaka.

 

Hasil kajian yang dijalankan membantu memperkayakan lagi data maklumat terperinci mengenai Kota Melaka sehingga menjurus kepada pembinaan semula salah sebuah kubu Kota Melaka yang sangat penting iaitu Bastion Middleburg.

 

Kini bangunan ini bukan sahaja berfungsi sebagai Pejabat Zon Selatan Jabatan Warisan Negara yang merangkumi negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, tetapi juga berfungsi sebagai galeri pameran yang mempersembahkan perincian hasil penyelidikan Warisan Kota Melaka yang ditemui.

  

 

 Pameran rangka lengkap manusia yang ditemui semasa kerja carigali arkeologi mencari jajaran tembok kota Melaka menjadi antara tarikan pengunjung ke Galeri Warisan.

 

 

Sudut bahan rujukan ilmiah terbitan Jabatan Warisan Negara

 

 

 Mempamerkan artifak jumpaan carigali arkeologi di sekitar kawasan Core Zone Bandar Warisan Dunia di dalam Galeri Warisan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penceritaan melalui pameran hasil penyelidikan mencari jajaran tembok Kota Melaka

Statistik Warisan

BUTIRAN WARISAN SEHINGGA TAHUN 2020

KATEGORI BENTUK JUMLAH
TAPAK BANGUNAN 127
MONUMEN/MAKAM 83
ARKEOLOGI 7
SEMULA JADI 1
JUMLAH BESAR 218

 

KATEGORI BENTUK JUMLAH
OBJEK KETARA 5
TIDAK KETARA 12
JUMLAH BESAR 17

Objek Warisan Ketara

KATEGORI OBJEK WARISAN KETARA WARISAN KEBANGSAAN 2007

BIL.

 BUTIRAN

 KLASIFIKASI

PEMILIKAN, PEMEGANG AMANAH, PENJAGA

1.

Panji-Panji DiRaja

Objek Ketara

Istana Negara

2.

Keris Panjang DiRaja

Objek Ketara

Istana Negara

3.

Tengkolok DiRaja

Objek Ketara

Istana Negara

4.

Gandik DiRaja

Objek Ketara

Istana Negara

5.

Pending DiRaja

Objek Ketara

Istana Negara

6.

Keris Pendek DiRaja

Objek Ketara

Istana Negara

7.

Kalung DiRaja

Objek Ketara

Istana Negara

8.

Cogan Alam

Objek Ketara

Istana Negara

9.

Cogan Agama

Objek Ketara

Istana Negara

10.

Cokmar

Objek Ketara

Istana Negara

 11.

 Manuskrip Sejarah Melayu

 Objek Ketara

 Dewan Bahasa dan Pustaka

12.

Hukum Kanun Melaka [MSS 23]

(Manuskrip Melayu)

 Objek Ketara

 

13.

Manusia Perak

 Objek Ketara

 

14

Cokmar Dewan Rakyat

Objek Ketara

Parlimen Malaysia

15.

Cokmar Dewan Negara

Objek Ketara

Parlimen Malaysia

16.

Manuskrip Hikayat Hang Tuah

Objek Ketara

Perpustakaan Negara Malaysia

17.

Jata Negara

Objek Ketara

Jabatan Perdana Menteri

18.

Lagu Negaraku

Objek Ketara

Jabatan Perdana Menteri

19.

Watikah Pemasyhuran Kemerdekaan 1957

Objek Ketara

Arkib Negara Malaysia

 

 

KATEGORI OBJEK WARISAN KETARA WARISAN KEBANGSAAN 2009

BIL.

 BUTIRAN

 KLASIFIKASI

PEMILIKAN, PEMEGANG AMANAH, PENJAGA

1.

Syiling emas pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1564 – 1570), Johor

 Objek Ketara

 Jabatan Muzium Malaysia

2.

Syiling emas kijang

 Objek Ketara

Jabatan Muzium Malaysia

3.

Syiling emas pemerintahan Sultan Alau’uddin Riayat Shah I (1527/28-1564), Johor

 Objek Ketara

 Jabatan Muzium Malaysia

4.

Syiling emas pemerintahan Sultan Zainal  Abidin II (1793-1808), Terengganu

 Objek Ketara

 Jabatan Muzium Malaysia

5.

Pending Melayu

 Objek Ketara

 Jabatan Muzium Malaysia

6.

Tepak sireh Sultan Abdul Samad

 Objek Ketara

 Jabatan Muzium Malaysia

7.

Patung Avalokitesvara

 Objek Ketara

 Jabatan Muzium Malaysia

8.

Celepa Diraja Terengganu

 Objek Ketara

 Jabatan Muzium Malaysia

9.

Arca Budha duduk

 Objek Ketara

 Jabatan Muzium Malaysia

10.

Loceng gangsa

 Objek Ketara

 Jabatan Muzium Malaysia

 11.

Alat batu dalam suevit, Bukit Bunuh, Lenggong, Perak

 Objek Ketara

 Jabatan Warisan Negara

 12.

Lukisan mencelop batik, Cheong Lai Tong (1958)

 Seni Halus

 Balai Seni Lukis Negara

 13.

 Lukisan lembu berlaga, Tay Hooi Keat (1958)

 Seni Halus

 Balai Seni Lukis Negara

14

Lukisan mandi laut, Datuk Syed Ahmad Jamal (1957)

 Seni Halus

 Balai Seni Lukis Negara

15.

Lukisan Minah, Datuk  Mohd

Hossien Enas (1958)

 Seni Halus

 Balai Seni Lukis Negara

16.

Lukisan semangat  tanah, air dan udara, Patrik Ng Kah Onn (1958)

 Seni Halus

 Balai Seni Lukis Negara

17.

Lukisan perayeran Pulau Pinang, Dato’ Chuah Thean Teng (1952)

 Seni Halus

 Balai Seni Lukis Negara

18.

Lukisan kampung nelayan, Chung Chen Sun (1958)

 Seni Halus

 Balai Seni Lukis Negara

19.

Lukisan perbualan, Yong Mun Sen (1941)

 Seni Halus

 Balai Seni Lukis Negara

20.

Lukisan bumi yang bahagia lombong bijih timah Malaya, Abdullah Ariff (1950)

 Seni Halus

 Balai Seni Lukis Negara

21.

Lukisan bila malam tiba, Tan Tiang Yeo (1950)

 

Seni Halus

 

Balai Seni Lukis Negara

22.

Lukisan pemandangan, AB Ibrahim @ Ibrahim Abu Bakar (1940)

 Seni Halus

 Balai Seni Lukis

Negara

23.

Lukisan di Bukit Taiping, Frank Swettenham (1884)

 Seni Halus

 Balai Seni Lukis Negara

24.

Lukisan Batu Serlin–Sungai Pahang, Frank Swettenham

(3 Mei 1885)

 Seni Halus

 Balai Seni Lukis Negara

25

Lukisan Sungai Perak dari Residensi di Kuala Kangsar, Frank Swettenham (1884)

 Seni Halus

 Balai Seni Lukis Negara

26

Lukisan pejabat besar yang berdiri di Bukit Kangsar, Frank Swettenham (1884)

 Seni Halus

 Balai Seni Lukis Negara

27

Lukisan pendayung rakit di Sungai Pahang, George Giles (1885)

 Seni Halus

 Balai Seni Lukis Negara

28

Lukisan Che Ali. George Giles (1885)

 Seni Halus

 Balai Seni Lukis Negara

29

Lukisan Swettenham berakit meninggalkan Permatang Tinggi,

George Giles (1885)

 Seni Halus

 Balai Seni Lukis Negara

30

Lukisan pendayung di Sungai Pahang, George Giles (1885)

 Seni Halus

 Balai Seni Lukis Negara

31

Lukisan Sungai Pergau di negeri Kelantan, William Samwell (1893)

 Seni Halus

 Balai Seni Lukis Negara

32

Lukisan pasar di Telubin dan pasar ikan, William Samwell (1893)

 Seni Halus

 Balai Seni Lukis Negara

33

Lukisan isteri saya dengan pakaian pengantinnya, O. Don Peris (1933)

 Seni Halus

 Balai Seni Lukis Negara

34

Surat-surat Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Kedah

Objek Ketara

 Arkib Negara Malaysia

35

Karya Pendeta Za’aba

Objek Ketara

 Arkib Negara Malaysia

36

Hikayat Munshi Abdullah

Objek Ketara

 Dewan Bahasa dan Pustaka

37

Hikayat Malim Deman

Objek Ketara

 Yayasan Karyawan

38

Hikayat Merong Mahawangsa

Objek Ketara

 Yayasan Karyawan

 

 

KATEGORI OBJEK WARISAN KETARA WARISAN KEBANGSAAN 2012

BIL.

 BUTIRAN

 KLASIFIKASI

PEMILIKAN, PEMEGANG AMANAH, PENJAGA

1.

 Hukum Kanun Pahang

 Objek Ketara

Lembaga Muzium Negeri Pahang

2.

 Surat Persendirian Zainal Abidin bin Ahmad (ZABA) – SP.18

 Objek Ketara

 Arkib Negara Malaysia

3.

 Surat persendirian Tengku Omar Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah (Baginda Omar)  SP. 6

 Objek Ketara

 Arkib Negara Malaysia

4.

 Pemasyhuran Malaysia 1963 (P.128)

 Objek Ketara

 Arkib Negara Malaysia

5.

 Perjanjian Kuala Lumpur 1974 (P.3/74)

 Objek Ketara

 Arkib Negara Malaysia

6.

 Perisytiharan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1974 (P.1/74)

 Objek Ketara

 Arkib Negara Malaysia

7.

 Perjanjian Labuan (P.24.84)

 Objek Ketara

Arkib Negara Malaysia

8.

 Batu Bersurat Terengganu

 Objek Ketara

 Lembaga Muzium Negeri Terengganu

9.

Lukisan Pago-Pago, Abdul Latiff  Mohidin (1964)

Seni Halus

Balai Seni Lukis Negara

10.

Lukisan Pemandangan Malaysia, Khalil Ibrahim (1959)

Seni Halus

Balai Seni Lukis Negara

 

 

KATEGORI OBJEK WARISAN KETARA WARISAN KEBANGSAAN 2015

BIL.

BUTIRAN

KLASIFIKASI

PEMILIKAN, PEMEGANG AMANAH, PENJAGA

1.

Duit Syiling Emas Zaman Pemerintahan Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (1718-1722), Johor (WS 4676)

 Objek Ketara

 Bank Negara Malaysia

2.

Duit Timah Ayam Jantan Sultan Muhammad  Jiwa Zainal Azlin Mu’adzam Shah II (1710-1773), Kedah (WS 4393)

 Objek Ketara

 Bank Negara Malaysia

3.

Duit Syiling Emas Kupang (Bulat) Zaman Pemerintahan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah II (1571-1597), Johor (WS 765)

 Objek Ketara

 Bank Negara Malaysia

4.

Duit Syiling Emas Kupang (Segi Lapan) Zaman Pemerintahan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah II (1571-1597), Johor (WS 766)

 Objek Ketara

 Bank Negara Malaysia

5.

Duit Syiling Emas Kupang Zaman Pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah III (1597-1615), Johor (WS 20)

 Objek Ketara

 Bank Negara Malaysia

6.

Duit Syiling Perak Suku Penjuru Zaman Pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah III (1623-1677), Johor (WS 3724)

 Objek Ketara

 Bank Negara Malaysia

7.

Duit Syiling Tembaga Tarra Zaman Pemerintahan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah (1661-1687), Kedah (WS 9865)

 Objek Ketara

 Bank Negara Malaysia

8.

Duit Syiling Emas Kupang Zaman Pemerintahan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah (1661-1687), Kedah (WS 321)

 Objek Ketara

 Bank Negara Malaysia

9.

Duit Syiling Emas Mas Zaman Pemerintahan Sultan Mahmud Shah II (1685-1699), Johor (WS 9433)

 Objek Ketara

 

Bank Negara Malaysia

10.

Duit Syiling Perak Satu Penjuru Zaman Pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1722-1760), Johor (WS 8994)

 Objek Ketara

 Bank Negara Malaysia

 

11.

Duit Syiling Perak Suku Penjuru Zaman Pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1722-1760), Johor (WS 8995)

 Objek Ketara

 Bank Negara Malaysia

 

12.

Duit Tampang Pahang 1/16 Dolar 1235 Hijrah (1898) Zaman Pemerintahan Bendahara Sewa Raja Tun Ali (1806-1857) (CRI 84.210)

 Objek Ketara

 Bank Negara Malaysia

 

13.

Duit Syiling Timah Setengah Pitis Zaman Pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1445-1459), Melaka (WS 5051)

 Objek Ketara

 Bank Negara Malaysia

14

Duit Syiling Emas Mas Zaman Pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah III (1623-1677), Johor

(WS 13)

Objek Ketara

Bank Negara Malaysia

15.

Duit Syiling Timah Pitis Zaman Pemerintahan Sultan Ibrahim Shah (1782-1826), Selangor

(WS 3727)

Objek Ketara

Bank Negara Malaysia

16.

Takhta Rencana (No. Pendaftaran:MZ(KN)328:82)

Objek Ketara

Lembaga Muzium Negeri Sembilan

17.

Beduk Masjid Kampung Hulu, Melaka

Objek Ketara

Pengerusi Masjid Kampung Hulu, Melaka

18.

Lukisan Memetik Daun Tembakau Di Kelantan, Datuk Mohd Hoessien Enas (1962) (BSLN1962.021)

 Seni Halus

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara

19.

Lukisan Membakar Semut, Dzulkifli Buyong (1967) (BSLN1967.002)

 Seni Halus

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara

20.

Lukisan Pemandangan Malaysia Teragung, Redza Piyadasa (1972) (BSLN1973.002)

 Seni Halus

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara

21.

Lukisan Umpan, Syed Ahmad Jamal (1959) (BSLN1959.018)

 Seni Halus

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara

22.

Lukisan Pemandangan Laut Pantai Timur, Frank Swettenham (1885) (BSLN1999.060)

 Seni Halus

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara

23.

 Amber Merit Pila

 Objek Ketara

 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)

24.

 Kasiterit Simpang Pulai

 Objek Ketara

 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)

25.

 Serpentinit Pos Brooke

 Objek Ketara

 Prof. Mohd Shafeea Leman (UKM)

26.

 Fosil Daun Paya  Peda

 Objek Ketara

 Prof. Mohd Shafeea Leman (UKM)

27.

 Diakmiktit Glasier Samudera dengan Struktur Batu Jatuh, Langkawi

Objek Ketara

 UKM

28.

 Fosil Brakiopod Iklim Sejuk Langkawi

 Objek Ketara

 UKM

29.

 Fosil Pokok Kayu Pos Belau

 Objek Ketara

 UKM

Senarai Seni Halus Warisan Kebangsaan 2015

KATEGORI OBJEK WARISAN TIDAK KETARA

BIL.

BUTIRAN

KLASIFIKASI

1.

 Telepuk

Busana, Tekstil, Seni Hias Diri dan Kraf

2.

 Baju Kurung Cekak Musang

Busana, Tekstil, Seni Hias Diri dan Kraf

3.

 Baju Kurung Teluk Belanga

Busana, Tekstil, Seni Hias Diri dan Kraf

4.

 Puteri Limau Purut (Puteri Perak)

Busana, Tekstil, Seni Hias Diri dan Kraf

5.

 Busana Cik Siti Wan Kembang

Busana, Tekstil, Seni Hias Diri dan Kraf

6.

Kain Tenun Pahang Diraja

Busana, Tekstil, Seni Hias Diri dan Kraf

7.

Ukiran Kayu Melayu

Busana, Tekstil, Seni Hias Diri dan Kraf

8.

Baju Riau Pahang

Busana, Tekstil, Seni Hias Diri dan Kraf

9.

 Inai (Inai Melayu)

Busana, Tekstil, Seni Hias Diri dan Kraf

10.

 Kain Limar

Busana, Tekstil, Seni Hias Diri dan Kraf

11.

 Motif-motif Tekstil Melayu

Busana, Tekstil, Seni Hias Diri dan Kraf

12.

 Baju Kedah

Busana, Tekstil, Seni Hias Diri dan Kraf

KAIN TENUN PAHANG DIRAJA

TENuN Pahang merupakan pakaian rasmi pembesar-pembesar Negeri Pahang. Tokoh yang bertanggungjawab memperkenalkan kain tenunan Pahang kepada penduduk negeri Pahang, khasnya penduduk di daerah Pekan ialah Tuk Tuan atau Keraing Aji. Beliau berketurunan Bugis dan bermaustautin di Kampung Mengkasar, Pekan, Pahang. Tenunan Pahang menggunakan alat yang dikenali kei siam. Kedua-dua benang sutera dan benang kapas boleh digunakan. Ragam hias yang sederhana tetapi sangat unik kain ini dapat dilihat pada jalur-jalur atau petak-petak yang kadangkala diselitkan benang emas atau perak. Terdapat beberapa corak tradisional seperti corak melintang, memanjang, kain beragi, corak rawa, corak Bugis dan corak Muar.

BAJU KURUNG CEKAK MUSANG

Baju Kurung Cekak Musang mempunyai kolar tinggi selebar satu jari atau lebih kurang 2.5 sentimeter (sm). Baju Kurung Cekak Musang pada masa dahulu disebut ‘baju wan’, berasal dari Telok Belanga. Bahagian leher baju kurung cekak musang dikancing dengan tiga, lima, tujuh atau sembilan butir butang. Koceknya masih tiga iaitu satu di bahagian atas sebelah kiri dan dua di bahagian bawah, kiri dan kanan walaupun baju ini dipakai dengan samping berdagang luar atau berdagang dalam. Seluarnya Seluar Potong Cina dan bertongkah.

  

UKIRAN KAYU MELAYU

Kayu dilihat sebagai sumber alam yang mudah diukir dan tahan lama sehingga mencecah beratus-ratus tahun. Antara kayu yang menjadi pilihan seperti cengal, merbau, kempas dan lain-lain. Dikatakan sejarah ukiran Melayu telah dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dengan hiasan di istana-istana. Ukiran-ukiran kediaman ini sangat masyhur di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan. Selain itu, ukiran-ukiran ini dapat juga dikesan pada bangunan-bangunan seperti istana, rumah-rumah, masjid, pintu gerbang, alatan muzik, perabot, peralatan memasak, pengangkutan seperti sampan, perahu, kereta kuda atau pedati lembu.

  

MOTIF-MOTIF TEKSTIL MELAYU

MotIf-Motif Tekstil Melayu merupakan rangkai kata, idea atau reka corak yang menampakkan fungsi sebagai hiasan pada fabrik yang melibatkan unsur reka bentuk seperti garisan, ruang dan bentuk. Ia dihasilkan menggunakan warna sebagai manipulasi bagi mencapai kesan visual yang diinginkan sehingga terjadinya konfigurasi motif pada fabrik yang turut memberi kesan fizikal dan juga psikologi kepada pemakai. Dalam menghasilkan interpretasi, corak yang disusun dengan kepelbagaian boleh dikategori kepada bentuk realistik, gayaan, abstrak dan geometri. Motif-motif yang dihasilkan melibatkan dua gaya iaitu gaya organik dan gaya geometri. Gaya geometri adalah gaya garisan atau bentuk segi empat, jalur melintang dan jalur memanjang. Motif yang dihasilkan mengikut beberapa susunan diklasifikasikan mengikut susunan satu atau berganda yang mampu menghasilkan corak yang berfungsi sebagai hiasan pada tekstil. Ia bukanlah suatu penghasilan yang baharu tetapi telah digunakan sejak zaman pra-sejarah lagi oleh masyarakat primitif.

  

INAI (INAI MELAYU)

INAI dalam perkahwinan Melayu seakan menjadi kewajipan. Istiadat berinai adalah antara tradisi dalam perkahwinan Melayu yang boleh dikategorikan kepada tiga acara, iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Masyarakat dulu kala menggunakan inai pada kuku tangan dan kaki sebagai perhiasan kerana inai mempunyai haruman bau asli selain digunakan untuk perubatan. Selain digunakan untuk mewarnakan kuku, inai juga digunakan untuk merawat masalah cekam kuku dan menghitamkan rambut. Bagi menghasilkan warna yang cantik, daun inai akan dicampurkan dengan sedikit gambir dan sedikit air, digiling atau ditumbuk sehingga lumat.

BAJU RIAU PAHANG

Pakaian tradisi di negeri Pahang pada asasnya sama seperti pakaian di negeri-negeri dibawah kuasa Kerajaan Melayu Johor – Riau (Johor, Pahang, Terengganu). Menurut kajian Puan Zubaidah Sual, baju ini diilhamkan oleh Tengku Ampuan Mariam, puteri Sultan Ahmad Al-Muazam Shah. Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Badrul Alam Shah (Sultan Terengganu). Baginda amat terkenal sebagai seorang budayawan istana yang berminat dengan kesenian. Banyak koleksi Baju Riau Pahang yang terkumpul berasal dari Terengganu dan Pahang.

Baju ini merupakan baju Tradisi Agung Melayu yang paling rumit dan istimewa potongannya. Leher bajunya berbentuk seperti leher baju kurung cekak musang. Baju ini dipakai dengan cara menyarung baju dari lengan seperti memakai baju kebaya dan bahagian hadapan bajunya dikancing dengan butang sejumlah lima, tujuh atau sembilan butir. Bahagian di atas pinggang baju ini mengecil sedikit sebelum mengembang ke bahagian bawah. Ciri ini dihasilkan dengan mengadakan kekek gantung dan pesak kembang di bahagian rusuk baju itu. Baju ini berlengan panjang serta besar dan berkekek gantung di bahagian bawah ketiak. Baju ini dipakai dengn kain yang diikat secara ‘ombak beralun” atau tangkap dihadapan.

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur

No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900
Emel : info@heritage.gov.my

Jumlah Pelawat :

Income Tax Planning

    View Service