Language Selection   

EN
                              

Bangunan Sanitary Board, Taiping, Perak

Sebelum kerja-kerja baik pulih dilaksanakan, tahun 2006. Pandangan dari sudut sebelah kiri bahagian hadapan semasa kerja-kerja baik pulih sedang dilaksanakan. Selepas kerja-kerja baik pulih dilaksanakan, tahun 2008.

Bangunan Sanitary Board ini terletak di Lot 105, Jalan Station berhampiran dengan pusat bandar Taiping, Perak Darul Ridzuan dibina pada 1892. Bangunan tersebut terletak berdekatan dengan landasan keretapi pertama di Semenanjung Malaysia yang telah menyambungkan Bandar Taiping dan Pelabuhan Weld sejauh 8 batu. Antara faktor menarik pembinaan bangunan ini adalah kedudukannya yang bersebelahan dengan Pejabat Pos  yang dibina pada tahun 1884, Rumah Rehat Kerajaan yang telah dibina pada tahun 1894 dan juga sekolah Inggeris yang pertma di Tanah Melayu iaitu King Edward VII yang dibina pada 1883. Mengikut sejarah awal tujuan pembinaan bangunan ini adalah untuk menempatkan Lembaga Kesihatan Taiping. Pada 1950, bangunan ini telah menempatkan Pejabat Kesihatan Taiping dan Pejabat Majlis Daerah (Majlis Perbandaran Taiping). Senibina bangunan ini bercirikan Anglo-Indian (abad ke 19).

Selain itu, bangunan ini juga pernah digunakan sebagai bangunan pejabat Majlis Perbandaran Taiping (MPT) yang kini digunakan sebagai dewan pameran dan perniagaan perabot syarikat swasta. Lembaga Kebersihan (Sanitary Board) merupakan badan kerajaan yang diwujudkan ketika pemerintahan British. Oleh itu, bangunan ini lebih menonjolkan ciri-ciri kolonial Inggeris di samping gabungan dengan seni bina tempatan.Bangunan dua tingkat ini dibina separuh konkrit, separuh papan di tingkat bawahnya manakala di tingkat atas dibina sepenuhnya dengan papan. Ruang bangunan ini telah banyak diubah suai terutama apabila ianya disewakan kepada syarikat swasta untuk perniagaan perabot. Ruang tambahan juga banyak dibina terutama di sekeliling bahagian bawah bangunan. Terdapat ruang yang terbuka pada asalnya telah ditutup dengan tingkap atau pun dinding baru. Selain itu terdapat pintu, tingkap dan dinding asal bangunan ini telah dibuka atau dirobohkan dan tidak dapat dikesan sisa peninggalannya. Keunikan bangunan ini menyebabkan pihak Majlis Perbandaran Taiping memohon kepakaran Jabatan Warisan Negara untuk menjalankan kerja-kerja konservasi bagi menyelamatkan bangunan ini dari musnah di telan arus peredaran masa.

 

KEUNIKAN BANGUNAN SANITARY BOARD (MAJLIS PERBANDARAN TAIPING

Rekabentuk tingkap yang mempunyai ciri-ciri inggeris. Keadaan verandah di tingkat atas selepas kerja-kerja konservasi siap dilaksankan. Keadaan lanskap hadapan yang telah siap.
     
Ruang atas ‘porch’ bersambung dengan bangunan induk. Ukiran papan cantik yang terdapat pada bangunan ini berbentuk geometri. Keadaan bangunan ‘Annex’ selepas kerja-kerja konservasi siap sepenuhnya.

JABATAN WARISAN NEGARA
Aras Mezanine, 15-20,
Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB),
No. 201-A, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Emel : info@heritage.gov.my

Jumlah Pelawat :

Follow us on Social Media

Ikuti Kami di Sosial Media

Income Tax Planning

    View Service