Fungsi Cawangan Penguatkuasaan
- Bertanggungjawab menjalankan kawalan dan pemantauan bagi memastikan tapak warisan & objek warisan berada dalam keadaan baik.
- Bertanggungjawab memastikan semua butiran warisan dipantau dan diperiksa selaras peruntukan Seksyen 39, Akta 645.
- Memastikan setiap permohonan Kebenaran Merancang di tapak warisan & Warisan Kebangsaan mematuhi peruntukan Seksyen 40, Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645].
- Bertanggungjawab menjalankan penyiasatan untuk proses pendakwaan sekiranya berlaku apa-apa kesalahan di bawah peruntukan Akta 645.
- Bertanggungjawab memastikan aktiviti penggalian objek warisan, eksport & import butiran warisan, penggalian & sajvaj warisan kebudayaan di bawah air & peniaga butiran warisan mematuhi peruntukan Akta 645.
- Bertanggungjawab menilai dan memproses semua permohonan lesen di bawah Akta 645 iaitu:
- Lesen Penggalian Objek Warisan;
- Lesen Import & Eksport Butiran Warisan;
- Lesen Penggalian & Salvaj Warisan Kebudayaan Di Bawah Air; dan
- Pendaftaran Peniaga Butiran Warisan.
- Bertanggungjawab memastikan Akta 645 digunapakai dan dipatuhi selaras peruntukan seksyen 98, 100, 101, 102, 103, 104, 105, 106, 107 dan 108.