Pilihan Bahasa   

MY
                              

Bukit Tengkorak, Semporna, Sabah (3,000 Tahun)

Merupakan tapak pelindung gua batuan volkanik dan sebahagian dari bibir gunung berapi yang berdiameter sekitar 2 kilometer persegi. Merupakan sebuah tapak arkeologi yang terpenting di Malaysia dan Asia Tenggara hasil dari peyelidikan arkeologi yang menunjukkan Bukit Tengkorak adalah salah satu tapak pembuatan tembikar tanah yang terbesar sekali di Asia Tenggara pada zaman Neolitik.

Berpuluh ribu serpihan tembikar tanah yang berusia 3000 tahun dahulu dan dihiasi dengan pelbagai corak telah ditemui di Bukit Tengkorak. Sumber tanah liat bagi pembuatan tembikar tersebut juga turut ditemui. Kajian etnoarkeologi menunjukkan bahawa teknologi pembuatan tembikar masih lagi diamalkan sehingga hari ini oleh masyarakat Bajau di Semporna.

Kajian sumber batuan dan artifak obsidian yang ditemui turut mencadangkan kewujudan rangkaian perdagangan dan pergerakan manusia secara jarak jauh melalui lautan diantara Kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik seawal 3000 tahun dahulu.

Tapak pembuatan tembikar ini mempunyai hubungan antara masyarakat tempatan dengan pedagang-pedagang dari sekitar bahagian laut Andaman. Bukit Tengkorak memberi bukti perdagangan laut prasejarah dan pergerakan manusia yang terpanjang di dunia pada 3,000 tahun dahulu.
 

Bukit Tengkorak, Semporna, Sabah Tapak pembakaran tembikar purba yang berusia 3,000 tahun
 
Kesan kawah Gunung Berapi yang terdapat di belakang Bukit Tengkorak Pecahan tembikar dengan corak berturis dan tekanan yang ditemui di Bukit Tengkorak
 
Tapak persisiran pantai Bukit Tengkorak, terdapat bongkah volkanik yang menjadi pelindung dan juga terowong angin semulajadi yang membolehkan pembakaran tembikar dibuat Pecahan tembikar yang telah diekskavasi di Bukit Tengkorak
 

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur

No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900
Emel : info@heritage.gov.my

Jumlah Pelawat :

Income Tax Planning

    View Service