Pilihan Bahasa   

MY
                              

Hikayat Hang Tuah

HIKAYAT HANG TUAH

20 OKTOBER 2001

 

 


 

Hikayat Hang Tuah dianggap sebagai sastera klasik dan epic tradisional Melayu, diceritakan kepada generasi Melayu sejak dahulu lagi. Ia diiktiraf sebagai sastera klasik kebangsaan yang bukan sahaja terkenal di kalangan orang Melayu tetapi juga di kalangan masyarakat di Kepulauan Melayu. Banyak kajian telah dilakukan ke atas manuskrip ini oleh penyelidik tempatan dan luar negara. Hang Tuah digambarkan sebagai wira Melayu paling terkenal di Melaka yang memperlihatkan kesetiaan mutlak kepada pemerintah, beradab dan taat kepada tradisi. Hikayat Hang Tuah melambangkan kehebatan Melaka pada masa itu dan keberanian orang Melayu. Perpustakaan Negara Malaysia memiliki dua buah manuskrip Hikayat Hang Tuah, dengan nombor pengenalan MSS 1658 dan MSS 1713. Manuskrip ini ditulis di atas kertas lama dari Eropah yang berusia kira-kira 200 tahun yang lalu. Dengan tiada tanda penerbitan, ianya adalah kebiasaan dalam tradisi penulisan manuskrip Melayu. Hingga ke hari ini pengarang hikayat ini masih tidak diketahui. Manuskrip ini disimpan di dalam sebuah kotak bebas asid dan di letakkan di dalam sebuah bilik yang direkabentuk mengikut piawaian pemeliharaan.

 

 

HIKAYAT HANG TUAH

20 OCTOBER 2001

 

Hikayat Hang Tuah is regarded as a Malay literary classic and a traditional Malay epic. This folk tale has been proudly recounted to generations of Malays. It is recognised as a national literary classic which is well-known not only amongst the Malays but also to the people in the Malay Archipelago. Much studies have been made on this manuscript by local and foreign researchers. Hang Tuah is characterised as most illustrious Malay hero in Malacca and represented absolute loyalty to the ruler as the ultimate champion of Malay loyalty, chivalry and obedience to tradition. Hikayat Hang Tuah symbolises the greatness of Malacca at that time whilst projecting the bravery of the Malays. The National Library of Malaysia has in its possession two manuscripts of Hikayat Hang Tuah, with identification number MSS 1658 and MSS 1713. The manuscripts are written on old European paper about 200 years ago. Colophon statement is distinctly absent, as is usual in the tradition of Malay manuscripts writing. To this day the author of the hikayat remains unknown. The manuscripts are being preserved in an acid-free box and kept in strong room which is designed according to the accepted standards of preservation requirements.

 

 

JABATAN WARISAN NEGARA
Aras Mezanine, 15-20,
Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB),
No. 201-A, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Emel : info@heritage.gov.my

Jumlah Pelawat :

Follow us on Social Media

Ikuti Kami di Sosial Media

Income Tax Planning

    View Service