Pilihan Bahasa   

MY
                              

Melaka and George Town, Historic Cities of the Straits of Malacca

MELAKA DAN GEORGE TOWN, BANDAR BERSEJARAH DI SELAT MELAKA

7 JULAI 2008

 

  


Melaka dan George Town adalah bandar-bandar bersejarah di Selat Melaka yang telah terbina selama lebih 500 tahun melalui aktiviti-aktiviti perdagangan dan pertukaran budaya antara Timur dan Barat. Pengaruh Asia dan Eropah telah banyak diserap di kedua-dua bandaraya ini dengan warisan pelbagai budaya dalam bentuk ketara dan tidak ketara. Melaka menunjukkan pembangunan lebih awal dengan pembinaan bangunan-bangunan kerajaan, gereja, dataran dan kubu yang bermula dari zaman kesultanan Melayu abad ke-15 serta zaman penaklukan Portugis dan Belanda yang bermula pada awal abad ke-16. Dengan menonjolkan ciri-ciri pembangunan rumah kediaman dan bangunan komersial, George Town banyak dipengaruhi era British pada akhir abad ke-18. Kedua-dua Bandar ini membentuk satu seni bina dan seni bandar yang unik dan tidak didapati di mana-mana kawasan lain di Asia Timur dan Asia Tenggara. Melaka dan George Town merupakan testimoni kepada warisan kebudayaan dan tradisi Asia dengan pengaruh penjajah Eropah. Warisan pelbagai budaya yang ketara dan tidak ketara ini dapat dilihat dalam kepelbagaian tempat ibadah yang dipengaruhi oleh agama yang berbeza, kaum etnik, bahasa, perayaan-perayaan, tarian, busana, seni, muzik, makanan dan gaya hidup seharian. Kedua-dua bandar ini mencerminkan percampuran pengaruh yang telah mencipta seni bina, kebudayaan dan seni Bandar yang menarik di Asia Timur dan Asia Selatan. Kedua dua bandar ini juga menunjukkan kepelbagai unsur dalam pembangunan rumah kedai dan rumah bandar yang luar biasa. Bangunan-bangunan ini memaparkan kepelbagaian jenis dan peringkat pembangunan yang terhasil dari zaman penaklukan Belanda, Portugis atau British.

 

MELAKA & GEORGE TOWN, HISTORIC CITIES OF THE STRAIT OF MALACCA

7 JULY 2008

 

Melaka and George Town, historic cities of the Strait of Malacca have developed over 500 years of trade activities and cultural exchanges between the East and the West. The influences of Asia and Europe have greatly influenced both these cities with a multicultural heritage in tangible and intangible forms. Melaka demonstrated an earlier development with the construction of government buildings, churches, squares and fortifications originally in the 15th century Malay sultanate and also the Portuguese and Dutch rule in the early 16th century. Featuring residential and commercial buildings, George Town represents the British era from the end of the 18th century. These two cities constitute a unique architectural and cultural townscape not found anywhere in East Asia and Southeast Asia. Melaka and George Town are living testimony to the cultural heritage and traditions of Asia, with European colonial influences. This multi-cultural tangible and intangible heritage is expressed in a varied worship places representing different faiths, ethnics, languages, festive occasions, dances, costumes, music, arts, food and daily lifestyle. The two cities reflect a mixture of influences which have created an interesting architecture, culture and townscape unique in East and South Asia. These cities, demonstrate an exceptional influence within range of shophouses and townhouses. These buildings show many different types and stages of development of the building types, some originating from the Dutch, Portuguese or British periods.

JABATAN WARISAN NEGARA
Aras Mezanine, 15-20,
Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB),
No. 201-A, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Emel : info@heritage.gov.my

Jumlah Pelawat :

Income Tax Planning

    View Service