Pilihan Bahasa   

MY
                              

Pengenalan

Perkembangan pesat penyelidikan arkeologi di Malaysia merupakan usaha berterusan Jabatan Warisan Negara(JWN) dalam memastikan setiap tapak, jumpaan dan kajian direkod dan dikembangkan kepada semua. Ilmu arkeologi amat penting untuk dihayati dan dipelajari kerana data yang dihasilkan banyak membantu merungkai persoalan-persolan tentang perkembangan hidup dan tamadun manusia silam, juga dijadikan salah satu sumber pensejarahan negara yang utama.

Melalui perancangan dan peruntukan yang disediakan di dalam Projek RM Ke9 dan RM10, Jabatan Warisan Negara telah menjalankan beberapa kajian dan menyediakan cadangan pembangunan tapak arkeologi bagi menggalakkan semua golongan merasai dan menyelami rentetan sejarah sebenar negara melalui kajian arkeologi.  Tujuan utama ialah memberi kesedaran dan pemahaman betapa pentingnya melindungi dan menyayangi sejarah sendiri kerana di situlah jati diri dan identiti terbukti. Melalui paparan sejarah dan urutan arkeologi Malaysia, kita akan lebih memahami dan mendekati arkeologi secara terus.  Itulah tanggungjawab Jabatan Warisan Negara iaitu mengkaji, melindungi dan memulihara bagi menyampaikan pengetahuan warisan arkeologi untuk semua.  Kerja-kerja kajian dan pembangunan tapak arkeologi merupakan sasaran utama Jabatan supaya setiap yang ditonjolkan akan memberi impak besar terhadap perkembangan kajian sejarah Malaysia, perlindungan khazanah warisan dan peningkatan ekonomi setempat melalui arkeo-pelancongan dan penyebaran ilmu hingga ke peringkat global.

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur

No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900
Emel : info@heritage.gov.my

Jumlah Pelawat :

Income Tax Planning

    View Service