Pilihan Bahasa   

MY
                              

Pusat Kawalan Kusta Negara

 
 
 
     

 

Pesakit kusta sekelip mata menjadi stigma masyarakat yang pada masa itu serba kekurangan dari segi kemudahan kesihatan. Kusta adalah wabak yang tidak mampu dibendung penularannya kerana belum ada penawar yang khusus ditemui. Maka pesakit kusta diasingkan oleh keluarga dan masyarakat. Pihak hospital membina tempat-tempat pengasingan yang serba daif, terasing dan jauh dari pandangan umum sehingga pesakit kusta merasa lebih tertekan, terbiar dan menunggu kematian. Di Tanah Melayu, pesakit kusta ditempatkan di kawasan terpencil jauh dari hospital utama seperti di Setapak, Tampoi dan Pulau Jerejak.


1926 - Pembinaan Pusat Kawalan Kusta Negara di Sungai Buloh membuka episod baru bagi pesakit kusta. Walau pun kawasan yang dipilih di Sungai Buloh ini agak jauh terpencil dan mereka dikurung dalam satu kawasan berpagar tinggi namun Pusat Kawalan Kusta ini memberikan perasaan yang sangat berbeza dari keadaan di mana mereka diasingkan sebelum ini. Pusat Kawalan Kusta Sungai Buloh ini adalah sebuah pertempatan sangat terancang yang dilakar khas oleh perancang bandar dan arkitek sebagai sebuah 'taman perumahan' moden lengkap dengan hospital, rumah kediaman, rumah ibadat, kelab dan dewan orang ramai. Ia adalah sebuah pekan yang lengkap kerana turut mempunyai pasar, bangunan membasuh (dobi), kedai, balai polis, penjara. Di penempatan ini, pesakit kusta hidup secara bebas dengan kediaman yang disediakan, bercucuk tanam dan berekreasi sesama mereka di bawah pengawasan pegawai-pegawai perubatan yang mengawasi penyakit mereka secara khusus dan berterusan. Di sinilah vaksin mencegah kusta ditemui dari sejenis pokok berbuah dikenai sebagai Pokok Setumpol.  Buah dari pokok ini dijadikan sebagai penawar bagi pesakit kusta.  Pokok ini kemudiannya menjadi lanskap utama kawasan PKKN ini. Penghuni PKKN membentuk masyarakat majmuk yang sangat unik dan saling bekerjasama kerana berkongsi masalah dan kesedihan yang sama. Seramai 2000 telah didaftarkan menjadi penghuni PKKN pada satu-satu masa terdiri dari masyarakat Cina, Melayu, India, Serani, Siam dan lain-lain. Mereka membentuk pasukan sukarelawan keselamatan di kalangan mereka, menganjurkan sukan dan pesta kebudayaan serta menyambut semua perayaan tiap-tiap kaum bersama-sama.
 

 PKKN Sungai Buloh menjadi sangat penting kerana ia adalah yang pertama seumpamanya di dunia sehingga perancangannya menjadi model kepada lain-lain pusat kusta di serata pelusuk dunia.

Wad pesakit (PKKN-1932)
 
Anggota Pasukan Keselamatan , (PKKN-1932) Wang Khas yang digunakan (PKKN-1932)


 

Kusta adalah sejenis penyakit berjangkit yang kronik berpunca dari sejenis bakteria dipanggil Mycobacterium Leprae yang melibatkan kulit dan urat saraf. Penyakit ini berjangkit dengan cara jangkitan daripada seseorang kepada seseorang melalui sistem pernafasan. Namun ia memerlukan masa pengeraman yang lama iaitu sehingga 10 hingga 15 tahun sehingga pengidapnya sukar dikesan awal. Tanda awal kusta ialah pada tubuh pesakit terdapat satu atau beberapa tompokan putih yang mati rasa (kebas) atau tompokan merah yang tidak gatal. Permukaan kulit itu akan menjadi kering, kasar, tidak ditumbuhi bulu atau rambut. Pengidap akan kehilangan deria rasa. Kuman kusta akan menyerang bahagian hidung, tangan, belakang telinga dan jari. Sejak tahun 1996, tiada lagi kes baru yang diterima masuk ke PKKN.


Jumlah pesakit kusta yang terdapat di wad PKKN kini hanyalah seramai 121 orang iaitu 66 lelaki dan 55 perempuan dalam purata umur 50 tahun ke atas.


Pusat Kawalan Kusta Negara di Sungai Buloh direka bentuk dengan sangat terancang. Ia adalah kawasan penempatan yang jauh lebih baik dari mana-mana pekan di Tanah Melayu pada masa itu dengan kediaman yang selesa serta serba lengkap dengan kemudahan kesihatan dan kemudahan awam. Ia dibahagikan mengikut zon berdasarkan fungsi iaitu kawasan pentadbiran terdiri daripada hospital dan wad, kawasan kemudahan awam mengandungi dewan, kelab, balai polis, klinik dan padang permainan serta kawasan kediaman. Kediaman pesakit direka berdasarkan mengikut keperluan iaitu rumah kelamin beserta dapur, rumah kelamin tanpa dapur dan rumah bujang. Dapur disediakan bagi mereka yang mampu untuk masak kerana sebahagian pesakit tidak berkeupayaan sama ada tangan mereka telah cacat akibat kusta atau telah uzur. Rumah-rumah ibadat seperti masjid, tokong, kuil dan gereja dibina dalam kelompok kawasan kediaman bagi memudahkan penghuni. Setelah beberapa ketika, bangunan-bangunan rumah persatuan Cina dibina untuk pelbagai suku kaum Cina kerana kaum Cina adalah penghuni terbesar pada masa tersebut.


Kepentingan PKKN Sungai Buloh :

  1. PKKN merupakan kawasan penempatan pesakit kusta yang paling terancang di dunia pada zamannya sebagai sebuah pekan yang lengkap dan paling kondusif dan berperikemanusian untuk pesakit kusta. Ia menjadi model kepada pembangunan penempatan pesakit kusta di lain-lain negara di dunia.
  2. PKKN Sungai Buloh menjadi pelopor kepada penemuan vaksin mencegah sakit kusta yang diperolehi dari getah buah Setumpol.

Pesakit-pesakit kusta ditempatkan di ‘chalet-chalet’ dan menjalani kehidupan seharian mereka dengan aktiviti penanaman pokok bunga dan lanskap.
 


Kediaman kelamin beserta rumah dapur

Hadapan

 
Sisi Kanan Sisi Kiri

 


 

Kediaman Bujang

Hadapan Pandangan Sisi




 

Kediaman Kelamin Tanpa Dapur

Hadapan Pandangan belakang


 

Kediaman Kelamin Beserta Rumah Dapur

Deretan Chalet Kediaman
 
Hadapan Sisi Kiri


 

Tandas Berpusat

Tandas baru yang dibina di kawasan Central Zone.
 
Tandas lama (asal) di kawasan Central Zone. Tandas lama (asal) di kawasan East Zone.


 

Antara bangunan yang masih kekal sehingga kini

Wad-wad pesakit yang masih digunakan.
 
Kuil Hindu. Chinese Associate Club
 
Kuil Budha Masjid
 
Pasar Klinik Central PKKN

JABATAN WARISAN NEGARA
Aras Mezanine, 15-20,
Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB),
No. 201-A, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Emel : info@heritage.gov.my

Jumlah Pelawat :

Follow us on Social Media

Ikuti Kami di Sosial Media

Income Tax Planning

    View Service