Pilihan Bahasa   

MY
                              

Teater

Teater


Seni teater merupakan satu kombinasi lakonan (dialog pertuturan, gerak isyarat, mimik muka, emosi), muzik , nyanyian , tarian, bunyi-bunyian, unsur ritual , pencahayaan , set , props , kostum , mekap pencahayaan dan unsur kekaguman pentas. Ia boleh mempunyai mana-mana satu atau lebih unsur-unsur kraf yang melebihi daripada cabang seni persembahan yang lain seperti muzik dan tarian. Teater bukan sekadar hiburan tetapi ia juga berperanan sebagai medium untuk pendidikan , alat sebaran dan sebagainya. Teater terbahagi kepada beberapa pecahan genre seperti teater absurd, sandiwara , moden , monodrama, muzik dan sebagainya. Teater bersifat tradisional seperti Mak Yong, Bangsawan, Jikey, Mek Mulung , Hamdolok, Menora , Wang Kulit seharusnya terus dilindungi dan diwarisi.

 

 

 

Gambar menunjukkan persembahan Teater Mek Mulung

 

Mek Mulung merupakan teater tradisional yang terdapat di negeri Kedah. Mek Mulung merupakan sebuah seni persembahan yang menggabungkan unsur lakonan, tarian serta muzik. Ia merupakan sebuah teater tradisional Melayu yang masih aktif bergiat di Kampung Wang Tepus, Kedah. Persembahan kesenian ini dimainkan oleh watak-watak seperti seorang raja, permaisuri, penari perempuan, ahli muzik dan peran.

 

 

 

Gambar menunjukkan persembahan Teater Mak Yong

 

Mak Yong iaitu suatu bentuk kesenian tradisional Melayu yang boleh dikategorikan sebagai dramatari kerana persembahannya bukan sahaja mengandungi drama (lakonan) tetapi juga diselang-selikan dengan tarian dan nyanyian yang diringi muzik secara langsung. Pemain dan pemuzik hadir di pentas terbuka dan dipertontonkan serentak. Kesenian ini terbentuk sebagai suatu genre hiburan yang menggabungkan keindahan dan kelembutan gerak tari dan suara korus yang halus dan lunak oleh barisan Inang atau Jong Dondang, lakonan dengan dialog beradat oleh watak utamanya yang terdiri daripada Mak Yong dan Pak Yong yang diriuh-rendahkan pula kelucuan watak-watak Peran Tua dan Peran Muda.

Pengenalan

PENGENALAN

 

Seni Persembahan adalah satu bentuk pertunjukkan seni yang dilakukan secara langsung atau terus kepada penonton atau khalayak yang membabitkan empat (4) elemen iaitu masa, ruang, tempat dan hubungan antara pelaku dan penonton. Persembahan ini boleh diadakan berdasarkan panduan skrip atau tanpa skrip, spontan atau dirancang dengan teliti dan ia boleh berlaku di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai. Secara asasnya seni persembahan bertujuan untuk mengekspresikan emosi dan perasaan yang merupakan suatu penyataan yang ingin disampaikan oleh si pelaku kepada khalayak yang menonton atau menyaksikan persembahan itu.

 

Dalam lingkungan warisan, seni persembahan seharusnya memperlihatkan nilai-nilai warisan yang murni dan beradab bagi mewakili suatu cerminan budaya dan ketamadunan kepada masyarakat yang diwakilinya.

CAWANGAN SENI PERSEMBAHAN

 

Cawangan Seni Persembahan, Bahagian Warisan Tidak Ketara menyelaras dan melaksanakan penyelidikan, pendokumentasian, program pengembangan, perlindungan dan pencalonan Warisan, Warisan Kebangsaan, Warisan Dunia dan Warisan Kebangsaan Orang Hidup yang merangkumi seni persembahan agar ia selaras dan teratur mengikut ketetapan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).

 

Teras Utama Seni Persembahan di Bahagian Warisan Tidak Ketara merangkumi :

 

  • Teater
  • Tarian
  • Muzik

 

 

Gunung Niah (40,000 Tahun)

Gua Niah (40,000 Tahun)
 
Hematit, berwarna merah yang terdapat di gua-gua, diguna sebagai warna merah untuk lukisan dinding gua Kain Hitam, Niah Bekas tembikar dengan tanda pemukul tekanan di Gua Niah
 

Agop Batu Tulug, Kinabatangan, Sabah (900 Tahun)

Merupakan cenuram batu kapur setinggi 39 meter dan sebahagian daripada pembentukan batu kapur Labang yang berusia 20 hingga 25 juta tahun dahulu. Perkataan 'agop' dalam bahasa Orang Sungai bermaksud gua. Terdapat tiga gua yang utama,  iaitu  Agop Suriba (bawah)  di bahagian lantai hutan, Agop Lintanga (tengah) dan Agop Sawat (atas) masing-masing  dengan  ketinggian antara 12 hingga15 meter.

Statistik menunjukkan terdapat sebanyak 125 keranda kayu balak di Agop Batu Tulug yang berusia 700 hingga 900 tahun dahulu. Keranda-keranda tersebut diperbuat daripada jenis kayu keras seperti belian dan merbau.

Keunikan keranda-keranda tersebut adalah berdasarkan motif-motif figura haiwan seperti kerbau, buaya, biawak, ular dan burung dibahagian kepala manakala motif-motif flora dan tumbuh-tumbuhan diukir pada bahagian badan keranda.

Dipercayai terdapat lebih 2000 keranda kayu balak yang seusia dengan yang terdapat di Agop Batu Tulug yang mendiami di gua-gua batu kapur di sekitar kawasan Lembah Kinabatangan menjadikan Lembah Kinabatangan sebagai salah satu tapak arkeologi yang terpenting di Malaysia.
 

Agop Batu Tulug, Kinabatangan, Sabah
 
  Motif kepala kerbau pada keranda kayu balak Agop Batu Tulug
 
Ukiran yang terdapat pada keranda Agop Batu Tulug Keranda kayu balak bermotif kepala kerbau di Agop Batu Tulug

Bukit Tengkorak, Semporna, Sabah (3,000 Tahun)

Merupakan tapak pelindung gua batuan volkanik dan sebahagian dari bibir gunung berapi yang berdiameter sekitar 2 kilometer persegi. Merupakan sebuah tapak arkeologi yang terpenting di Malaysia dan Asia Tenggara hasil dari peyelidikan arkeologi yang menunjukkan Bukit Tengkorak adalah salah satu tapak pembuatan tembikar tanah yang terbesar sekali di Asia Tenggara pada zaman Neolitik.

Berpuluh ribu serpihan tembikar tanah yang berusia 3000 tahun dahulu dan dihiasi dengan pelbagai corak telah ditemui di Bukit Tengkorak. Sumber tanah liat bagi pembuatan tembikar tersebut juga turut ditemui. Kajian etnoarkeologi menunjukkan bahawa teknologi pembuatan tembikar masih lagi diamalkan sehingga hari ini oleh masyarakat Bajau di Semporna.

Kajian sumber batuan dan artifak obsidian yang ditemui turut mencadangkan kewujudan rangkaian perdagangan dan pergerakan manusia secara jarak jauh melalui lautan diantara Kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik seawal 3000 tahun dahulu.

Tapak pembuatan tembikar ini mempunyai hubungan antara masyarakat tempatan dengan pedagang-pedagang dari sekitar bahagian laut Andaman. Bukit Tengkorak memberi bukti perdagangan laut prasejarah dan pergerakan manusia yang terpanjang di dunia pada 3,000 tahun dahulu.
 

Bukit Tengkorak, Semporna, Sabah Tapak pembakaran tembikar purba yang berusia 3,000 tahun
 
Kesan kawah Gunung Berapi yang terdapat di belakang Bukit Tengkorak Pecahan tembikar dengan corak berturis dan tekanan yang ditemui di Bukit Tengkorak
 
Tapak persisiran pantai Bukit Tengkorak, terdapat bongkah volkanik yang menjadi pelindung dan juga terowong angin semulajadi yang membolehkan pembakaran tembikar dibuat Pecahan tembikar yang telah diekskavasi di Bukit Tengkorak
 

JABATAN WARISAN NEGARA
Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur

No. Tel : 03 - 2612 7200
No. Faks : 03 - 2604 4900
Emel : info@heritage.gov.my

Jumlah Pelawat :

Income Tax Planning

    View Service